Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes baru jangkitan virus Zika melibatkan seorang wanita mengandung di Johor Bahru.
Ia menjadikan jumlah kes jangkitan virus Zika dalam negara setakat ini sebanyak tiga kes.
Menurut menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam wanita berusia 27 tahun itu merupakan kes wanita mengandung pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.
Kandungan wanita berkenaan dipercayai berusia antara tiga hingga empat bulan.
Wanita yang tinggal di Taman Desa Harmoni itu kini dimasukkan ke semua hospital kerajaan di Johor Bahru untuk pemeriksaan lanjut.
Suaminya yang bekerja di Singapura juga disedang diperiksa untuk virus Zika.
"Wanita berkenaan menunjukkan simptom demam, ruam dan sakit-sakit badan. Pemeriksaan yang dilakukan keatasnya menunjukkan bahawa dia positif virus Zika," katanya dalam sidang media khas mengenai virus Zika di sini, hari ini.
Susulan itu, pihak berkuasa mempertingkatkan aktiviti kawalan nyamuk aedes di sekitar kediaman wanita berkenaan.
“Aktiviti kawalan aedes sedang dipertingkatkan di Johor Bahru dan kawasan sekitar rumah wanita berkenaan, setakat ini 400 rumah sudah diperiksa dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.
Kes pertama sebelum ini adalah kes import dari Singapura membabitkan seorang wanita berumur 58 tahun dari Klang, Selangor.
Manakala kes kedua melibatkan kes jangkitan tempatan di Sabah.
Tan Su Lin
Wed Sep 07 2016
Wanita berusia 27 tahun itu yang tinggal di Taman Desa Harmoni, dipercayai mengandung antara tiga hingga empat bulan. - Gambar hiasan
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kes zika belum ada impak pada industri pelancongan negara
Beliau berkata ini mungkin kerana kes itu sedikit yang mana setakat ini hanya terdapat dua kes Zika disahkan di Malaysia.
Kes Zika pertama libatkan wanita mengandung dikesan di Johor Bahru
Menteri Kesihatan hari ini mengesahkan satu lagi kes Zika dikesan di Johor Bahru melibatkan seorang wanita mengandung.
Zika: Nelayan di selatan Johor perlu ambil langkah berjaga-jaga
Nelayan tempatan khususnya di selatan Johor diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga semasa menangkap ikan di kawasan yang bersempadan dengan Singapura.
Epidemik Zika di Malaysia boleh menjadi lebih serius dari Singapura - Pakar
Virus Zika yang sudah memasuki Malaysia dijangka menjadi epidemik dalam skala lebih besar berbanding Singapura.