MALAYSIA
Kesan banjir teruk jadikan misi bantuan NGO Malaysia ke Aceh semakin mencabar
Setakat Sabtu (6 Dis), bencana banjir dan tanah runtuh besar di tiga wilayah di Sumatera mengakibatkan 914 kematian, manakala 389 orang masih hilang. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Keadaan di Aceh Tamiang digambarkan amat serius apabila kawasan itu diselaputi lumpur tebal sehingga melumpuhkan sepenuhnya aktiviti perdagangan dan sosial, menurut badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) yang kini berada di lapangan.
Ringkasan AI
Pengarah iReach Malaysia, Johan Ariff Ismail berkata premis kediaman dan perniagaan di kawasan berkenaan musnah sepenuhnya, manakala hospital, sekolah dan masjid ditenggelami air sedalam tiga hingga empat meter.
"Kawasan ini amat terkesan apabila diselaputi lumpur tebal dan melumpuhkan semua aktiviti perdagangan dan sosial," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.
Johan Ariff bersama tujuh sukarelawan iReach kini berada di Aceh Tamiang bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir di lokasi terbabit.
Pasukan itu turut bekerjasama dengan Yayasan Rumah Zakat Indonesia, yang menggerakkan 30 sukarelawan tempatan bagi sokongan logistik.
Menurut Johan Ariff bantuan segera yang dihantar iReach merangkumi makanan siap dimakan, beras dan generator sebagai antara keperluan utama masyarakat terjejas.
Namun beliau menambah, akses yang masih terhad ke kawasan tertentu di Aceh Tamiang, Bolga dan Tanah Tinggi Takengon menjadi cabaran utama pasukan bantuan yang diketuainya itu.
"Tanah runtuh memutuskan jalan utama, menyebabkan beberapa lokasi masih tidak dapat dihubungi dan penghantaran bantuan makanan terpaksa dilakukan menggunakan helikopter," katanya.
Beliau berkata selain bantuan awal, iReach sedang mengumpulkan dana bagi menyokong pusat operasi bantuan di Aceh Tamiang sehingga fasa pertama misi itu berakhir pada 31 Dis depan.
"Pusat operasi bantuan ini akan turut mengedarkan makanan siap dimakan, kotak makanan asas, ubat-ubatan, kit kebersihan serta peralatan utiliti seperti generator dan sistem komunikasi (Starlink).
"Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank 553038585368, I Relief and Humanitarian Outreach," katanya.
Menurut laporan rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB), setakat Sabtu (6 Dis), bencana banjir dan tanah runtuh besar di tiga wilayah di Sumatera iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat - mengakibatkan 914 kematian, manakala 389 orang masih hilang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Keadaan di Aceh Tamiang amat serius akibat lumpur tebal yang melumpuhkan aktiviti perdagangan dan sosial, merosakkan premis kediaman dan perniagaan serta menenggelami hospital, sekolah, dan masjid.
- Johan Ariff, pengarah iReach Malaysia, bersama pasukannya sedang menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas dengan kerjasama Yayasan Rumah Zakat Indonesia; bantuan termasuk makanan siap dimakan, beras, dan generator.
- Akses yang terhad ke kawasan tertentu seperti Aceh Tamiang, Bolga, dan Tanah Tinggi Takengon merupakan cabaran besar, menyebabkan penghantaran bantuan makanan dilakukan melalui helikopter; iReach juga mengumpul dana untuk menyokong operasi bantuan hingga 31 Disember.