awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan COVID-19, Malindo Air potong 50 peratus gaji kakitangan, arah cuti tanpa gaji 2 minggu

Reuters
Reuters
07/03/2020
10:50 MYT
Kesan COVID-19, Malindo Air potong 50 peratus gaji kakitangan, arah cuti tanpa gaji 2 minggu
Kakitangan Malindo Air diarah ambil cuti tanpa gaji dua minggu dan gaji dipotong 50 peratus.
Bukan hanya cuti tanpa gaji selama dua minggu, tetapi gaji kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air juga akan dipotong sebanyak 50 peratus susulan wabak COVID-19.
Agensi berita Reuters yang memetik memo Malindo Air berkata, langkah itu diambil berikutan wabak COVID-19 telah menjejaskan permintaan untuk perkhidmatan penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Mushafiz Mustafa Bakri dalam memo berkenaan berkata, pengurusan syarikat itu melaksanakan beberapa langkah untuk menghadapi kekurangan pendapatan termasuk menggantung penerbangan.
Langkah lain yang diambil ialah merayu kepada pembekal menangguhkan pembayaran dan meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.
““Dengan hati yang berat, tanpa banyak lagi pilihan kukuh, kami kini tiada pilihan selain meminta anda mengambil potongan hingga 50 peratus daripada gaji asas anda untuk beberapa bulan akan datang sehingga keadaan kembali normal,” kata Mushafiz.
Dalam masa sama, pekerja-pekerja syarikat penerbangan itu juga diminta mengurangkan jumlah hari bekerja mereka sehingga 15 hari sebulan.
Sementara itu, Reuters berkata, Malindo Air yang juga anak syarikat Lion Air Indonesia di Malaysia tidak memberi maklum balas berhubung perkara itu.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Malindo Air menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang melaksanakan pemotongan gaji gaji pekerja.
Topic Berkaitan
#50 peratus
#COVID19
#cuti tanpa gaji
#Malindo Air
#potong gaji
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan