awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan mendapan dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
08:25 MYT
Kesan mendapan dikesan, Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara
Penutupan di Jalan Bandar Rawang 2 dilakukan selepas dikesan terdapat tanda-tanda mendapa di laluan terbabit. - Gambar/ Sinar Harian
RAWANG: Jalan Bandar Rawang 2 bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dekat sini ditutup sementara selepas menunjukkan tanda-tanda berlaku mendapan tanah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, langkah keselamatan itu diambil bagi membolehkan pemeriksaan dapat dijalankan agensi berkaitan.
Menurutnya, kejadian sama pernah dilaporkan berlaku awal tahun ini sebelum masalah seumpama itu dikesan berulang baru-baru ini.
"Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.
"MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, tempoh penutupan jalan itu bergantung keputusan pemeriksaan keselamatan di lokasi.
"Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.
"Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, " katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/683495/edisi/selangor-kl/jalan-bandar-rawang-2-ditutup-sementara-ada-kesan-mendapan
Topic Berkaitan
#mendapan jalan
#Rawang
#Jalan Bandar Rawang
#tanah jerlus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan