MALAYSIA
Kesatuan Eropah harap rundingan FTA dengan Malaysia dimuktamad tahun hadapan
Sefcovic mengakui bahawa proses rundingan ini memerlukan penelitian mendalam namun beliau yakin dengan pengalaman diplomasi kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu dengan efektif. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdangan Bebas (FTA) antara Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia diharap dapat dimuktamadkan pada tahun hadapan, kata Pesuruhjaya EU bagi Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi, Maros Sefcovic.
Ringkasan AI
Menurut Sefcovic, perkara tersebut telah dimaklumkan semasa pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.
“Kami memberitahu Perdana Menteri bahawa kami berharap FTA dapat dimuktamadkan tahun depan. Tetapi beliau menjawab, “Mengapa tahun depan? Tahun ini masih berbaki,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Asean-EU Business Summitt di sini, hari ini.
Beliau turut berkongsi bagaimana pasukannya terkejut dengan jawapan Anwar yang disifatkannya menunjukkan kesungguhan Malaysia dalam merealisasikan rundingan perjanjian ini.
Nilai perdagangan EU-Malaysia kini mencecah €46 bilion (RM230 bilion) dan dijangka melonjak jauh lebih tinggi sejurus sebaik rundingan itu dimuktamadkan.
Sefcovic turut mengakui bahawa proses rundingan ini memerlukan penelitian mendalam namun beliau yakin dengan pengalaman diplomasi kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu dengan efektif.
“Proses rundingan bukan mudah, kita berdepan isu seperti perolehan awam, syarikat milik kerajaan, sensitiviti pertanian, bahan mentah kritikal, serta halangan bukan tarif. Saya yakin Malaysia dan EU memiliki pengalaman serta kepakaran untuk bergerak pantas ke peringkat akhir,” ujarnya lagi.
EU kini telah mempunyai 44 FTA dengan lebih 70 negara, menjadikannya rangkaian perjanjian terbesar di dunia.
Sefcovid turut optimis FTA bakal membuka lembaran baharu untuk meningkatkan ekonomi sesebuah negara.
“Kenapa penting? Kerana setiap perjanjian perdagangan bebas yang kita tandatangani telah membuka pasaran baharu, menambah perdagangan, mencipta pekerjaan, serta mengeratkan hubungan politik dan rakyat,” katanya.
Pada Selasa lalu, EU dan Indonesia telah memuktamadkan rundingan FTA di Bali.
Beliau turut menegaskan bahawa Eropah bukan sahaja blok perdagangan terbesar dunia, tetapi juga rakan yang boleh dipercayai sambil menyifatkan sebagai telus, adil dan konsisten.
“Kami mahukan kejayaan bersama, nilai tambah untuk pasaran rakan kami dan juga Eropah,” katanya lagi.
Dalam majlis yang sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpendapat rundingan semula antara EU dan Malaysia pada November ini dijangka membuka peluang baharu untuk ekonomi negara.
“Kita menjangkakan peluang baharu dalam perdagangan digital, pemindahan teknologi hijau, dan rantaian bekalan mampan. Saya optimis kita akan mencapai kesimpulan dalam perjanjian perdagangan Malaysia-EU tidak lama lagi,” katanya.
Pada 2024, EU muncul sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah US$45 bilion.
EU juga kekal sebagai destinasi eksport keempat terbesar serta sumber import ketiga utama Malaysia.
Ringkasan AI
- Kesatuan Eropah berharap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia dapat dimuktamadkan pada tahun hadapan, namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk menyelesaikannya lebih awal, menunjukkan komitmen tinggi Malaysia terhadap rundingan tersebut.
- Nilai perdagangan EU-Malaysia kini mencecah RM230 bilion dan dijangka meningkat selepas FTA dimuktamadkan. Rundingan melibatkan isu kompleks seperti perolehan awam, syarikat milik kerajaan, sensitiviti pertanian dan bahan mentah kritikal, namun EU yakin dengan pengalaman kedua-dua pihak.
- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjangkakan rundingan semula pada November akan membuka peluang baharu dalam perdagangan digital, teknologi hijau dan rantaian bekalan mampan. EU kini merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah US$45 bilion.