Malaysia Airlines (MAS) digesa menyelesaikan isu-isu dalaman sebelum meneruskan cadangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangannya.
Presiden Kesatuan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM) Ismail Nasaruddin berkata MAS perlu mengambil kira kepentingan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kami membantah tindakan MAS mahu memecat 6,000 kakitangan dan kami akan mengadakan piket jika isu penstrukturan semula ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata MAS harus mengikut prosedur yang betul dalam menamatkan khidmat kakitangan mereka seperti melalui mekanisme Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) atau Masuk Kemudian Keluar Dahulu (LIFO).
"Kita jangan tolak tepi pekerja yang lama bekerja dengan MAS kerana mereka sudah berkhidmat berpuluh-puluh tahun. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, perkara (pemecatan) itu tidak sesuai dilakukan," katanya.
Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan 12 langkah bagi menjayakan pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion yang antara lain menubuhkan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) dan menyaksikan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.
Pada November 2014, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.
Khazanah juga dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.
Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.
Dalam sidang media berasingan di sini, enam kesatuan pekerja yang diketuai Pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) Malaysia Tan Sri Zainal Rampak meminta kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan isu pemberhentian kakitangan MAS.
Beliau berkata jika sesebuah syarikat mengalami masalah, mereka sepatutnya menilai semula kedudukan di bahagian pengurusan atasan dan bukannya kakitangan bawahan.
Menurutnya pihak kesatuan sekerja memberi peluang kepada MAS dan Khazanah sejak akhir November tahun lepas untuk menilai semula cadangan pemberhentian kakitangan MAS namun, sehingga kini tiada penyelesaian.
Pada awal Mac lepas, Khazanah memaklumkan proses penilaian bakat yang meliputi kira-kira 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Feb lepas dengan proses mengenal pasti kumpulan pekerja yang memenuhi keperluan MAS NewCo sedang dijalankan.
Bagaimanapun nasib pekerja terbabit hanya akan diketahui pada 1 Jun ini apabila MAS NewCo mengeluarkan surat tawaran pekerjaan kepada mereka yang terpilih.
Bernama
Mon Mar 23 2015
MAS perlu mengambil kira kepentingan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. - Gambar Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman
MAS digesa menyelesaikan isu-isu dalaman sebelum meneruskan cadangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangannya.