awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesedaran sivik masyarakat semakin tenat, hanya pentingkan diri sendiri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/04/2021
10:32 MYT
Kesedaran sivik masyarakat semakin tenat, hanya pentingkan diri sendiri
Sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri mengakibatkan golongan yang memerlukan alami kesengsaraan tidak mampu menikamati kemudahan yang disediakan di pusat beli belah.
SUBANG JAYA : Kemudahan lif di pusat beli belah sepatutnya mengutamakan golongan memerlukan antaranya seperti warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak.
Namun situasi itu kini dilihat bertukar apabila wujud masyarakat yang semakin ‘sakit’ apabila terlalu mementingkan diri sendiri sehingga golongan memerlukan tidak berupaya menikmati kemudahan berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI di sebuah pusat beli belah di sekitar Subang Jaya mendapati apa yang dimaksudkan itu nyata berlaku.
Sudahlah kelompok yang layak dan sepatutnya perlu menunggu lama untuk menaiki lif, sebilangan masyarakat yang pentingkan diri sendiri pula akan berkumpul di depan lif untuk memastikan giliran diperoleh.
Buntu dengan situasi yang menghimpit mereka, ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi khususnya, terpaksa memilih akses eskalator meskipun menyedari perlu berhadapan risiko.
Kemudahan akses eskalator yang mengundang risiko itu bagaimanapun tidak dibenarkan apabila sebahagian pusat beli belah meletakkan penghadang besi bagi tujuan keselamatan.
Keadaan seperti itu menjadi lebih parah apabila setiap kali menjelang waktu hujung minggu apabila masyarakat yang sihat tubuh badannya memonopoli kemudahan tersebut tanpa menghiraukan mereka yang memerlukan.
Tinjauan Astro AWANI bukan hanya menumpukan isu berkenaan bahkan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga tidak lagi menjadi perkara yang dititikberatkan.
Bercakap mengenai penggunaan lif, kerajaan telah menetapkan seramai empat individu bagi satu masa namun sebaliknya, berlaku pada masyarakat kita yang mengamalkan ‘selagi muat’ yang mencetuskan kesesakan di kala pandemik COVID-19 belum reda.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#COVID-19
#kerajaan
#bayi
#kereta sorong bayi
#stroller
#pusat beli belah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan