awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesejahteraan rakyat perlu jadi keutamaan - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2021
14:40 MYT
Kesejahteraan rakyat perlu jadi keutamaan - Anwar
Anwar juga menjelaskan cabaran besar yang dihadapi negara-negara di Asia Tenggara adalah pengisian makna merdeka dan kebebasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kemajuan pembangunan kesejagatan tidak seharusnya terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menjelaskan, keadilan tidak hanya tentang membanteras rasuah tetapi perlu lebih kepada perkara asas iaitu menjamin kesejahteraan rakyat.
Ketua Pembangkang itu menegaskan, kegagalan dalam menjamin kesejahteraan rakyat adalah disebabkan kerangka besar pemikiran sebahagian besar pemimpin masih bebas dari terlalu mengikut trend.
"Ketempangan kita kerana kerangka besar pemikiran kita masih belum bebas sehingga pimpinan dan elit kita mudah diheret oleh pemikiran yang disebut trending.
"Tidak salah ikut trend tetapi kita sebagai umat perlu kekal dengan landasan bahawa kemajuan pembangunan kesejagatan atau globalisiasi tidak terpisah dari asas akhlak yang menekankan soal keadilan.
"Soal keadilan ini bukan sahaja tertegaknya hukum membanteras rasuah tetapi lebih fundamental menjamin kesejahteraan terbanyak," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul Masa Depan Asia Tenggara anjuran Keluarga Alummni Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAKAMMI)
Anwar juga menjelaskan cabaran besar yang dihadapi negara-negara di Asia Tenggara adalah pengisian makna merdeka dan kebebasan.
"Sebaik ada krisis seperti COVID-19 ini terus ada krisis yang memaparkan masalah yang lebih besar yang lebih mencabar di Asia Tenggara.
"Masalah yang dihadapi ialah pengisian memaknai kemerdekaan dan kebebasan ialah bagaimana kita menjadikan keadilan sosial, kebebasan, etika itu landasan dalam kehidupan kita.
"Kalau kita lihat angka-angka kematian di Malaysia, Indonesia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, sebahagian besarnya terhadap rakyat biasa bukan elit atau konglomerat," katanya lagi.
Beliau menjelaskan, negara-negara di Asia Tenggara perlu menjadikan keadilan sosial, isu kebebaskan dan etika menjadi sebahagian pegangan dalam hidup.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Asia Tenggara
#Malaysia
#keadilan sosial
#kepentingan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan