MALAYSIA
Keselamatan internet diperkasa, penyampaian maklumat diperluas 2026 - Fahmi
Fahmi berkata bagi memperkukuh keselamatan Internet, kementerian akan melaksanana Kempen Internet Selamat 2.0. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi akan menumpukan kepada usaha memperkukuh keselamatan Internet dan memperbaiki penyampaian maklumat kerajaan agar lebih berkesan, serta menepati keperluan kumpulan sasar pada 2026, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Menterinya Datuk Fahmi Fadzil berkata bagi memperkukuh keselamatan Internet, kementerian akan melaksanana Kempen Internet Selamat 2.0 yang bukan hanya menyasarkan golongan kanak-kanak dan remaja, tetapi ibu bapa serta masyarakat.
"Saya berasa bersalah sekiranya kita hanya berjaya menyediakan Internet yang laju dan murah, tetapi tidak selamat. Sebab itu, Kempen Internet Selamat 2.0 akan dilipatgandakan," katanya dalam temu bual khas bersama Bernama.
Temu bual itu diketuai Ketua Pengarang Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Ekonomi M. Saraswathi.
Fahmi berkata Kempen Internet Selamat 2.0 akan dilaksanakan dalam skala besar melalui siri jelajah ke seluruh negara bagi memberikan kefahaman menyeluruh mengenai keselamatan digital termasuk peranan ibu bapa dalam melindungi anak-anak daripada risiko buli siber, penipuan dalam talian dan penyalahgunaan platform digital.
Selain itu, beliau berkata kementerian juga akan memfokuskan kepada perlindungan pengguna melalui pengoperasian Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan pembangunan Sistem Alamat Nasional (NAS) yang menyokong perkhidmatan awam, logistik serta ekonomi digital.
Berkongsi lebih lanjut, Fahmi berkata legasi yang ingin dibina oleh Kerajaan MADANI adalah rangka undang-undang yang lebih kukuh bagi melindungi rakyat, khususnya kanak-kanak dan keluarga daripada ancaman digital.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata 2025 menyaksikan beberapa pencapaian penting termasuk pindaan kepada undang-undang berkaitan komunikasi yang tertangguh lebih sedekad sebelum ini, antaranya Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkuat kuasa pada 7 Feb lepas.
Fahmi berkata pindaan itu membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap penyalahgunaan rangkaian seperti buli siber, penipuan dalam talian, doxing (dedah maya) dan akaun palsu, sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan rangka perundangan kekal relevan, seimbang serta mampu menangani cabaran baharu dalam ekosistem digital yang semakin kompleks.
Beliau mengakui kematian seorang pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha pada Julai 2024 akibat buli siber sebagai detik paling menyedihkan sepanjang tempoh perkhidmatannya, namun tragedi itu menjadi pemangkin kepada perubahan sistem.
"Malangnya, ia mengambil satu kehilangan nyawa untuk sistem berubah. Tetapi kini kita ada pindaan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 yang mempunyai satu fasal khusus dinamakan 'Fasal Esha' dan tribunal anti buli. Mangsa kini mempunyai ruang untuk mendapatkan keadilan," katanya.
Beliau turut menyentuh langkah melesenkan platform media sosial dan perkhidmatan pemesejan Internet yang bermula 1 Jan 2025 sebagai satu perubahan besar, walaupun mengakui tidak semua platform memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Kita lihat ada platform yang setuju dan patuh, ada juga yang berdegil. Tetapi kerajaan perlu tegas demi keselamatan rakyat," katanya.
Mengulas mengenai penyampaian maklumat kerajaan, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI menegaskan bahawa cara komunikasi dalam kalangan menteri Kabinet serta dengan rakyat perlu berubah selaras dengan prinsip meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memahami impak dasar terhadap semua pihak.
"Tak guna kita sediakan maklumat yang baik, tetapi tidak sampai atau tidak dapat dihadam oleh rakyat. Kita perlu faham segmen sasaran, platform yang mereka guna dan bentuk penyampaian yang paling sesuai," katanya.
Mengenai cabaran komunikasi semasa, Fahmi berkata beberapa kajian mendapati generasi Gen Z dan Gen Alpha banyak memperoleh maklumat melalui platform seperti WhatsApp, TikTok dan Facebook, namun masih meletakkan kepercayaan tinggi terhadap berita yang disiarkan di televisyen, radio dan akhbar, meskipun kadar penggunaan media tradisional semakin menurun.
"Ini satu keadaan yang unik. Mereka jarang menonton televisyen, tetapi apabila menonton berita di televisyen, mereka percaya. Jadi kita perlu manfaatkan kepercayaan ini dan pada masa sama menyesuaikan pendekatan komunikasi dengan realiti digital hari ini," katanya.
Mengimbas 2025, Fahmi menyifatkan tahun ini sebagai tempoh yang sibuk dan mencabar, khususnya dengan Kepengerusian ASEAN, namun kejayaan Malaysia mengemudi agenda serantau serta menjadi tuan rumah acara antarabangsa telah menunjukkan keupayaan negara pada mata dunia.
"Ini peluang keemasan yang datang setiap 10 tahun, dan 11 tahun selepas kemasukan Timor-Leste, hampir setiap delegasi yang hadir menyatakan kekaguman terhadap keupayaan Malaysia sebagai hos," katanya.
Antara pencapaian yang paling membanggakan Fahmi ialah penubuhan Majlis Media Malaysia selepas lebih lima dekad diperjuangkan dan menggesa pengamal media memanfaatkan peluang itu sebaiknya kerana perjuangan ke arah menubuhkannya bukanlah sesuatu yang mudah.
"Kejayaan menggubal dan meminda beberapa akta penting, termasuk berkaitan media dan agensi di bawah kementerian, merupakan satu amanah besar yang akan terus diperkukuh demi kepentingan rakyat dan industri," katanya.
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 pada 26 Feb lepas, sebelum diluluskan di Dewan Negara pada 19 Mac yang kemudiannya diwartakan pada 13 Jun sebagai Akta Majlis Media Malaysia 2025.
Selain itu, Fahmi berkata Buku 3 Tahun Pencapaian Kementerian Komunikasi juga dikeluarkan, yang merumuskan usaha bersepadu kementerian dalam memperkukuh ekosistem komunikasi dan digital negara sejajar dengan agenda Malaysia MADANI.
Ia berpaksikan lima teras utama, iaitu pemantapan infrastruktur dan keselamatan rangkaian, pengukuhan kandungan dan penyiaran, pemerkasaan industri kreatif, penghayatan semangat kenegaraan serta penghargaan terhadap pengguna media.
Dari sudut infrastruktur, Fahmi menekankan peluasan liputan Internet dan 5G melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), manakala inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), NADI On Wheels serta Perkhidmatan Pintar NADI membuktikan pendekatan bersasar kerajaan dalam membawa akses digital dan peluang ekonomi kepada komuniti luar bandar dan berpendapatan rendah.
Mengenai sudut impak langsung kepada rakyat, Fahmi berkata inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang meninggalkan kesan mendalam kerana manfaatnya dapat dirasai secara nyata dan menyentuh kehidupan harian masyarakat.
-- BERNAMA