MALAYSIA
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah MiSHA Asia Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSH PoP) 2025 anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) di PICC.
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) kini bukan lagi isu sampingan, sebaliknya agenda nasional yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat, daya saing industri, serta kelestarian pembangunan negara.
Menurut beliau, keselamatan dan kesihatan pekerja tidak wajar dilihat sebagai kos, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu menjamin produktiviti, menggalakkan inovasi serta memastikan kelangsungan perniagaan.
“Ketika kita berkumpul hari ini untuk meraikan kecemerlangan, kita perlu kembali kepada sebab utama mengapa keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah keutamaan nasional.
“Ia bukan lagi isu sampingan. Sebaliknya, ia amat penting kepada kesejahteraan negara dan merupakan penentu utama produktiviti negara,” katanya ketika berucap dan merasmikan Majlis Anugerah MiSHA Asia Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSH PoP) 2025 anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.
Beliau turut menegaskan bahawa setiap pekerja berhak untuk pulang ke rumah dengan selamat serta dilindungi daripada penyakit yang diperoleh di tempat kerja.
“Setiap pekerja yang keluar dari rumah untuk bekerja perlu diingatkan bahawa setiap seorang daripada mereka berhak untuk pulang ke rumah dengan selamat serta dilindungi daripada penyakit, khususnya penyakit yang diperoleh di tempat kerja.
“Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sekadar tentang mencegah kemalangan fizikal di tapak pembinaan,” jelasnya.
Dalam ucapannya, Dr Dzulkefly merakamkan penghargaan terhadap MiSHA atas komitmen berterusan dalam memperkukuh amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, selari dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MiSHA, khususnya menerusi pelaksanaan Inisiatif Keselamatan Paru-Paru Peringkat Kebangsaan yang kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya.
“Sambutan positif serta penglibatan aktif pihak industri mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa isu kesihatan pekerjaan, khususnya penyakit berkaitan paru-paru, perlu ditangani secara proaktif dan bersepadu,” tambahnya.
Dr Dzulkefly turut memaklumkan bahawa KKM akan terus memperkukuh inisiatif berkenaan dengan sokongan MiSHA sebagai rakan strategik industri bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar berkesan dan berakar umbi.
Pada majlis sama, beliau memuji langkah MiSHA menaik taraf anugerah berkenaan ke peringkat Asia, sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai peneraju keselamatan dan kesihatan pekerjaan di rantau ini, dengan penyertaan lapan negara Asia termasuk Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja, Myanmar, India, Filipina dan Indonesia.
Sebanyak 81 kategori anugerah dipertandingkan melibatkan 60 syarikat penerima, termasuk penyampaian Anugerah Pena Emas kepada rakan media yang aktif menyebarluaskan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pelaporan media cetak dan digital.
Kerajaan, tegas beliau, akan terus komited bekerjasama rapat dengan pihak industri dan rakan strategik bagi memastikan prinsip pencegahan menjadi budaya kerja berterusan demi melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.