MALAYSIA
Keselamatan siber jadi teras utama pelaksanaan BUDI95 - Gobind
Gobind Singh Deo menegaskan keselamatan siber bukan sahaja melindungi sistem subsidi, tetapi juga penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap platform digital kerajaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan siber menjadi tunjang pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi memastikan rakyat dapat menikmati subsidi tanpa sebarang gangguan sistem.
Ringkasan AI
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata kerajaan sudah meneliti setiap kemungkinan risiko sebelum melaksanakan inisiatif BUDI95 bagi menjamin keyakinan masyarakat.
“Kita laksanakan sistem yang mengambil kira sebarang kemungkinan, kita bersedia untuk semuanya. Jadi pada saya, memang BUDI95 selamat buat masa sekarang untuk kita teruskan.
“Keselamatan siber bukan sahaja perlindungan sistem subsidi, tetapi juga membina kepercayaan masyarakat terhadap semua platform digital kerajaan.
“Kalau tidak ada keyakinan, maka susah untuk kita minta kerjasama rakyat menggunakan platform tersebut,” ujar Gobind dalam satu sidang media selepas melancarkan Cyber Digital Services, Defence And Security Asia (CyberDSA) 2025 di sini, pada Selasa.
Di bawah BUDI95, semua warganegara Malaysia perlu menggunakan MyKad untuk mengesahkan identiti di terminal stesen minyak bagi mengisi petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter. Mereka juga boleh berbuat demikian menggunakan e-dompet.
Namun, timbul kerisauan dalam kalangan rakyat sekiranya berlaku serangan siber menyebabkan seluruh sistem lumpuh, mengakibatkan subsidi petrol tidak dapat ditebus lalu terpaksa mengisi RON95 pada harga RM2.60 seliter.
Dalam pada itu, CyberDSA merupakan persidangan berprestij berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 30 September hingga 2 Oktober.
Persidangan ini menumpukan peningkatan ketahanan siber dan membina kepercayaan digital sebagai asas kemajuan ekonomi serta keselamatan negara menerusi kerjasama rentas sempadan selain perkongsian kepakaran.
Ringkasan AI
- Kerajaan memberi jaminan bahawa sistem BUDI95 selamat digunakan, dengan semua risiko keselamatan siber telah diteliti sebelum pelaksanaan bagi memastikan subsidi petrol dapat dinikmati tanpa gangguan.
- Pengesahan identiti pengguna dilakukan melalui MyKad atau e-dompet di terminal stesen minyak untuk mendapatkan harga subsidi RM1.99 seliter, namun timbul kebimbangan awam terhadap kemungkinan serangan siber yang boleh melumpuhkan sistem.
- Menteri Digital menegaskan keselamatan siber bukan sahaja melindungi sistem subsidi, tetapi juga penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap platform digital kerajaan; keyakinan ini menjadi asas kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif digital negara.