awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan siber pertimbangan terakhir organisasi perniagaan - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2022
09:47 MYT
Keselamatan siber pertimbangan terakhir organisasi perniagaan - Kajian
Tinjauan itu mendapati lebih 90 peratus responden sifatkan keselamatan siber dan daya tahan siber merupakan perkara yang sama. - Foto WEF
KUALA LUMPUR: Keselamatan siber sering menjadi pertimbangan terakhir sesebuah organisasi perniagaan dalam membuat keputusan.
Itu antara dapatan Tinjauan Keselamatan Siber Global 2022 yang dilakukan oleh Forum Ekonomi Sedunia (WEF) terhadap pengurusan kanan eksekutif daripada 120 syarikat global daripada 14 industri.
Menerusi tinjauan itu, 84 peratus responden mengatakan daya tahan siber dianggap sebagai keutamaan perniagaan dalam organisasi mereka dengan sokongan dan arahan daripada kepimpinan.
Bagaimanapun, hanya 68 peratus berpandangan daya tahan siber sebagai sebahagian besar pengurusan risiko keseluruhan mereka.
Disebabkan pemahaman yang salah itu, ramai pengurusan kanan keselamatan menyatakan bahawa mereka tidak dirujuk dalam keputusan perniagaan, yang boleh menghalang pihak keselamatan mengenal pasti dan mengurangkan risiko ancaman siber.
Malah, tinjauan itu mendapati lebih 90 peratus responden sifatkan keselamatan siber dan daya tahan siber merupakan perkara yang sama.
Selain itu, 39 peratus organisasi akui terkesan akibat insiden siber menerusi pihak ketiga dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Antara kebimbangan utama berkenaan keselamatan siber adalah kerosakan infrastruktur disebabkan oleh serangan siber, iaitu 42 peratus.
24 peratus bimbang berkenaan kecurian identiti, 20 peratus bimbang berkenaan serangan perisian tebusan (ransomware), 10 peratus bimbang kehilangan aset peribadi disebabkan serangan siber dan lain-lain kebimbangan empat peratus.
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#serangan siber
#WEF
#Forum Ekonomi Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan