awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/02/2025
05:00 MYT
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Penganut Hindu berarak menuju ke Sri Arulmigu Balathandayutthabani Jalan Kebun Bunga, George Town, sempena Thaipusam hari ini. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kawalan keselamatan dan pengurusan trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang berada dalam keadaan terkawal.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, setakat ini tiada sebarang insiden mahupun laporan diterima pihaknya berkaitan kes-kes jenayah.
Bagaimanapun, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan keselamatan sebagai langkah pencegahan.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan seramai 1,500 anggota sepanjang tempoh tiga hari perayaan itu berlangsung bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang awam.
“Dalam kajian polis mendapati, (jumlah) pengunjung dijangka memuncak sebelah tengah hari ke malam… justeru, kita minta pengnjung untuk patuhi peraturan dalam masa sambut Thaipusam.
“Kita harap (sambutan) berjalan baik dan lancar agar ia dapat dirasai dan dinikmati semua genap lapisan masyarakat,” kata Hamzah.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan program Community Policing Ketua Polis Pulau Pinang bersempena Sambutan Thaipusam 2025 di Jalan Brown, Kebun Bunga, di sini, pada Selasa.
Sebelum itu, Hamzah meninjau sambutan Thaipusam dan melawat ke Thaneer Panthal di sepanjang laluan menuju ke kuil Sri Arulmigu Balathandayuthapani .
Beliau turut berkesempatan mengagihkan minuman kepada pengunjung yang singgah di Thaneer Panthal PDRM.
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
Ribuan penganut Hindu meraikan Thaipusam sejak semalam dengan perarakan dua pedati iaitu pedati emas ke Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga dan pedati perak Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun.
Manakala pada hari ini, mereka membawa pelbagai jenis kavadi ke kuil itu bagi membayar nazar dan mendapat restu daripada Dewa Murugan.
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Thaipusam di Pulau Pinang
#Ketua Polis Pulau Pinang
#Hamzah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan