awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan mental: Buang stigma, pertingkat literasi dalam kalangan masyarakat - Pakar

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
20/09/2023
11:56 MYT
Kesihatan mental: Buang stigma, pertingkat literasi dalam kalangan masyarakat - Pakar
Dr Nurashikin menegaskan, kefahaman dan kecaknaan berkenaan kesihatan mental mampu menghambat stigma yang sering dipegang oleh segelintir pihak berkenaan penyakit tersebut.
KUALA LUMPUR: Literasi kesihatan mental dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkat dalam usaha untuk memahami tanda-tanda awal yang boleh mendorong kepada penyakit mental.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nurashikin Ibrahim, peningkatan kefahaman ini sekali gus dapat menyumbang kepada pembuangan stigma masyarakat terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Ujarnya, mereka yang merasakan mempunyai tanda-tanda risiko kesihantan mental, perlu berani menepis stigma dan mendapatkan rawatan sewajarnya.
“Individu yang disyaki kemurungan, janganlah berdiam diri dan duduk di rumah sahaja, mesti mendapatkan bantuan. Itu yang kita nak galakkan.
"Literasi kesihatan mental ini bermaksud cakna tentang kesihatan mental, dan tahu tentang tanda-tanda awal,” ujarnya ketika menjadi tetamu undangan dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kes kemurungan garis merah atau amaran untuk seorang individu itu wajar mendapatkan rawatan adalah dalam tempoh dua minggu.
Pada masa sama, beliau melarang mana-mana individu khususnya golongan belia yang menjadikan kesihatan mental sebagai satu trend sehinggakan ada yang sanggup isytihar sakit mental secara sendiri tanpa merujuk kepada pakar.
“Apabila kita lihat kepada golongan muda-muda ini, one thing, self-declared itu tidak harus dilakukan.
"Umpamanya, mereka murung, okay you have symptom, tapi dia punya kelakuan itu tak nampak seperti dia murung,” katanya.
Selain itu, beliau juga memohon mana-mana individu yang mempunyai tanda-tanda awal masalah kesihatan mental untuk membuang rasa takut dan tampil mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#Kesedaran awam
#NCEMH
#Nurashikin Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan