[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Kesihatan Mental: Khairy Jamaluddin terima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah WHO

Hafizi Rosli 11/10/2021 | 01:02 MYT
Jelas Khairy, kita mesti memastikan rawatan kesihatan mental boleh diakses oleh setiap lapisan masyarakat.
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima ucapan penghargaan daripada Ketua Pengarah Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Ucapan terima kasih itu ditujukan kepada Khairy atas kepimpinan dan galakan untuk menyuarakan mengenai isu kesihatan mental.
Dalam ciapannya pada Isnin, Dr Tedros turut menyuarakan mengenai nilai kebersamaan kita mendepani kesihatan mental.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairy juga turut membuat hantaran balas penghargaan kepada kepimpinan Dr Tedros di peringkat global.
Jelas Khairy, kita mesti memastikan rawatan kesihatan mental boleh diakses oleh setiap lapisan masyarakat.
Stigma untuk mendapatkan bantuan juga perlu ditangkis dalam masyarakat.
Ini kerana jelasnya ramai individu yang menanggung masalah ini dalam senyap.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Ahad, Khairy menjelaskan kerajaan sedang berusaha mengubah stigma melibatkan penyakit mental bagi memastikan golongan yang terkesan mendapat peluang rawatan dan dibantu tanpa perlu dipandang serong dan dikenakan tindakan undang-undang.
Ia termasuk usaha melakukan beberapa perkara termasuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan penyakit mental.
#kesihatan mental #Khairy Jamaluddin #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus