awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan mental: MPPK mohon tempoh pembelajaran di IPT dipanjangkan

Bernama
Bernama
12/07/2021
10:10 MYT
Kesihatan mental: MPPK mohon tempoh pembelajaran di IPT dipanjangkan
KPT dan IPT diminta memberi perhatian dan menitik berat kesihatan mental para pelajar kerana sudah lebih setahun mereka menghadapi tekanan dalam mengharungi sesi pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. - Gambar hiasan/Pexels
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) meminta supaya tempoh pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) dipanjangkan daripada 14 minggu kepada 15 atau 16 minggu pada semester akan datang sekiranya pembelajaran dan pengajaran masih perlu dijalankan secara dalam talian.
Presidennya Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengarahkan semua IPT memanjangkan tempoh berkenaan, selain mengkaji semula kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian susulan kebimbangan pelajar terhadap kesihatan mental mereka.
Beliau memohon KPT dan IPT supaya memberi perhatian dan menitik berat kesihatan mental para pelajar kerana sudah lebih setahun mereka menghadapi tekanan dalam mengharungi sesi pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
"MPPK juga berharap agar IPT yang memberi tempoh bertenang dapat memastikan tempoh itu benar-benar merupakan tempoh bertenang dan perlu memastikan tiada pensyarah yang masih meminta pelajarnya menghantar tugasan atau mengadakan peperiksaan dalam tempoh berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu MPPK mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar masing-masing dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah dan UiTM Pahang yang meninggal dunia baru-baru ini.
Jabatan Komunikasi Korporat UiTM dalam kenyataan semalam menyebut pihak pengurusan UiTM amat prihatin terhadap isu kematian Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22, pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Cawangan Kedah serta Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 21, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar
#penuntut
#IPT
#universiti
#tempoh pengajian
#COVID-19
#dalam talian
#kesihatan mental
#tekanan
#Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
#MPPK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan