[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Kesihatan Muhammad Adib semakin merosot - IJN

Astro Awani 16/12/2018 | 03:01 MYT
Tahap kesihatan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim semakin merosot. fotoBERNAMA
Tahap kesihatan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibelasah sehingga koma ketika cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu semakin merosot, dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara pada pagi Ahad, menunjukkan fungsi paru-paru Muhammad Adib yang menurun tahapnya.
"Selepas penilaian yang teliti, tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras. Pada masa ini, fungsi renal juga tidak menunjukkan penambaikan di mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis yang berterusan."
"Oleh itu (pihak IJN) memutuskan untuk sekali lagi memasukkan sistem Veno-Benous ECMO pada jam 9 malam semalam (Sabtu) untuk membantu pernafasan beliau."
BACA: 'Semoga kamu kuat... Orang tunggu kamu' - Tunang Muhammad Adib
Jelas kenyataan itu, Muhammad Adib masih dalam fasa kritikal dan ini menyebabkan semua lawatan ke atasnya dihadkan.
IJN juga meminta semua rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Adib kembali pulih.
#bomba #dipukul #Hindu #IJN #kuil sri mahamariamman #Muhammad Adib Mohd Kassim #Subang Jaya