awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak

Bernama
Bernama
13/11/2021
03:14 MYT
Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
Osman dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor pada 13 Okt lepas akibat diserang strok ringan. - Foto fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian semakin baik hari ini selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor akibat serangan strok ringan bulan lepas.
Anaknya, Nornekman berkata Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas masih dalam pemerhatian rapi dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.
"Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.
"Sudah dua minggu beliau berada di wad biasa, bagaimanapun hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat. Terima kasih di atas ingatan dan doa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rabu lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Suhaizan Kaiat dilaporkan berkata pihaknya belum menerima sebarang surat sama ada Osman akan hadir atau tidak ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijadual bermula 18 Nov ini.
Pada 13 Okt lepas Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan.
Osman, 70, dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.
Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Osman Sapian
#serangan strok
#HPUPM
#Nornekman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan