[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Kesilapan info grafik: Sinar Harian buat siasatan dalaman, gantung tugas kakitangan terlibat

Kenyataan Media 22/06/2025 | 09:05 MYT
Sinar Harian memandang serius perkara berkenaan dan akan terus mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan kawalan kualiti dan prosedur editorial diperkemaskan.
KUALA LUMPUR: Sinar Harian sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj, dalam insiden penyiaran info grafik melibatkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, yang mencetuskan kekeliruan, baru baru ini.
Dalam satu kenyataan, Sinar Harian berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti punca kesilapan berkenaan dan telah mengambil tindakan sewajarnya.
"Hasil semakan awal mendapati kesilapan tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan seorang kakitangan di Unit Media Sosial yang telah menggunakan templat reka bentuk lama yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Tan Sri Johari Abdul sebelum ini.
"Sebagai langkah tanggungjawab, Sinar Harian telah membuat laporan polis bagi memaklumkan insiden ini dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut sekiranya perlu.
"Pada masa sama, Sinar Harian juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj," katanya.
Sinar Harian memandang serius perkara berkenaan dan akan terus mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan kawalan kualiti dan prosedur editorial diperkemaskan.
Kenyataan itu juga menyebut, dalam tempoh siasatan, kakitangan yang terbabit serta penyelia Unit Media Sosial yang meluluskan info grafik berkenaan, akan digantung tugas untuk sementawa waktu.
Katanya, Sinar Harian memandang serius perkara berkenaan dan akan terus mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan kawalan kualiti dan prosedur editorial diperkemaskan, demi menjamin ketepatan dan kredibiliti maklumat yang disampaikan kepada masyarakat.
#Ketua Polis Negara #PDRM #penyiaran infografik #info grafik