Kesilapan nama, Astro AWANI mohon maaf

Astro Awani
Februari 3, 2021 12:58 MYT
Astro AWANI merakamkan rasa kesal di atas kesilapan maklumat pada artikel berkenaan dan sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu kepada Dato' Zainul Rijal.
PIHAK Astro AWANI memohon maaf kepada peguam, Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar di atas terbitan nama beliau dalam artikel berjudul, "Saya dan Tommy baik sahaja, malah cadangkan anugerah Tan Sri untuknya – Tun Mahathir" yang disiarkan di platform digital saluran berita berkenaan pada 3 Februari, 2021.
Dalam artikel berkenaan yang ditulis Firdaus Azil, nama sebenar yang sepatutnya tertera ialah individu yang merupakan seorang peguam, Zainur Zakaria dan bukan Dato’ Zainul Rijal.
Astro AWANI telah memperbaiki kesilapan berkenaan sebaik sahaja ia dikenal pasti.
Astro AWANI merakamkan rasa kesal di atas kesilapan maklumat pada artikel berkenaan dan sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu.

1/ Berhubung artikel yang disiarkan Astro AWANI hari ni bertajuk Saya dan Tommy baik sahaja, malah cadangkan anugerah Tan Sri untuknya Tun M . Saya dengan rendah hati ingin menjelaskan beberapa perkara berhubung artikel tersebut.

— FA (@FirdausAzil) February 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#permohonan maaf #Dato' Zainul Rijal Abu Bakar #Zainur Zakaria #media sosial #Tun Mahathir