'Kesimpulannya, Jho Low tipu saya' - Najib

Firdaus Azil
November 22, 2018 05:46 MYT
Najib Razak berkata, sekiranya benar Jho Low pecah amanah, tindakan undang undang harus dikenakan. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kerajaan Malaysia telah ditipu oleh Jho Low berhubung aktiviti yang dijalankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam wawancara khas bersama Sinar Harian hari ini, beliau membuat kesimpulan demikian selepas mengambil segala bukti dan dokumen yang didedahkan pihak berkaitan.
“Itulah kesimpulannya (bahawa kerajaan ditipu Jho Low) kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini. Itulah sebenarnya..,” katanya.
Dalam wawancara itu, Najib menegaskan hubungan beliau dengan Jho Low tidak lebih dari sekadar hubungan profesional, iaitu dalam melancarkan urusan perniagaan 1MDB, serta usaha membawa masuk pelaburan dan meningkatkan hubungan dengan negara Timur Tengah, khususnya UAE dan Arab Saudi.
Beliau berkata, sekiranya jelas Jho Low melakukan pecah amanah, individu berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Amanah #Arab Saudi #Jho Low #kerajaan #Najib Razak #pelaburan #Perdana Menteri #UAE #undang-undang