awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini

Bernama
Bernama
09/11/2024
10:56 MYT
Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025. - Gambar fail
GUA MUSANG: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membawa Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig Malaysia ke Parlimen pada Disember ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
"Setakat ini, draf terakhir kita hampir selesai dan diharap bacaan kali pertama pada Disember ini manakala bacaan kali kedua dapat dibuat pada Mac 2025.
"Draf awal telah siap dan membincangkan tentang langkah mewajibkan pekerja mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial atas dasar kebajikan kepada pekerja walaupun tiada majikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Oghe Kelate 2024 di Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang di sini hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akta baharu berkaitan ekonomi gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor berkenaan.
Pembentangan rang undang-undang berkenaan dibuat di bawah Kesuma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#kerangka dasar pekerjaan
#RUU
#Abdul Rahman Mohamad
#pembentangan RUU perbekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan