awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
Tutup nombor pendaftaran kenderaan isi RON95, pemandu didakwa esok
Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2024
01:28 MYT
KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC
Steven menegaskan KESUMA telah memulakan proses rekayasa (reengineering) merentasi seluruh kementerian berkenaan.- Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menterinya, Steven Sim menegaskan, KESUMA telah memulakan proses rekayasa (reengineering) merentasi seluruh kementerian untuk memastikan tata kelola yang baik dan proses yang cekap di seluruh Kementerian dan agensinya dalam masa enam bulan.
Tambah beliau, matlamatnya adalah untuk memastikan KESUMA mencapai tahap tatakelola dan tadbir urus korporat yang tertinggi.
Dalam pada itu, rekayasa KESUMA di peringkat HRD CORP telah dilaksanakan untuk memastikan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan PAC tidak akan berulang.
Sementara itu, KESUMA juga tiada halangan sekiranya mana-mana agensi berkaitan ingin melakukan siasatan lanjut dan tidak akan berkompromi dengan tindakan bertentangan dengan undang-undang.
KESUMA akan melakukan audit dalaman untuk menyiasat masalah dalam dua sistem pengurusan pekerja asing, seperti didedahkan PAC semalam.
Steven menegaskan, pihaknya sedang melakukan pembaharuan bagi menambah baik urusan pengambilan pekerja asing dalam usaha membanteras segala kepincangan berhubung urusan berkenaan.
Sebelum ini, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing yang melaksanakan fungsi sama ketika sidang media di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut pendedahan PAC itu, Steven terbuka untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa termasuk PAC sekiranya diminta.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Rasuah
#SPRM
#KESUMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan