MALAYSIA
KESUMA hanya terima satu aduan berkaitan gaji minimum pemandu bas tahun ini - Sim

Sim (foto) berkata KESUMA sentiasa menjalankan tinjauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap kadar gaji minimum. -Gambar fail/Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hanya menerima satu aduan daripada pemandu syarikat bas berkaitan kegagalan pematuhan terhadap kadar gaji minimum RM1,700, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Sumber Manusia menerima satu aduan berkaitan kegagalan pematuhan gaji minimum RM1,700 oleh pemandu bas dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
- Tindakan pendakwaan telah diambil terhadap satu pengendali bas yang dikesan melanggar undang-undang gaji minimum melalui operasi pemantauan.
- KESUMA menegaskan bahawa kadar gaji minimum adalah wajib dipatuhi dan pemeriksaan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya.
"Jabatan Tenaga Kerja secara berterusan memantau dan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang buruh negara, termasuk pelaksanaan gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs di Kompleks Penjara Seberang Perai, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian menerima laporan mengenai pemandu bas dibayar di bawah kadar gaji minimum.
Sim berkata KESUMA sentiasa menjalankan tinjauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap kadar gaji minimum.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat pemandu bas ekspres dan persiaran yang terpaksa bergantung kepada elaun perjalanan dan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan dan dibayar dengan gaji pokok serendah RM700 sebulan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami