MALAYSIA
KESUMA hanya terima satu aduan berkaitan gaji minimum pemandu bas tahun ini - Sim
Sim (foto) berkata KESUMA sentiasa menjalankan tinjauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap kadar gaji minimum. -Gambar fail/Bernama
NIBONG TEBAL: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hanya menerima satu aduan daripada pemandu syarikat bas berkaitan kegagalan pematuhan terhadap kadar gaji minimum RM1,700, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata tiada aduan seumpamanya diterima sepanjang tahun lepas, namun tindakan pendakwaan telah diambil terhadap satu pengendali bas yang gagal mematuhi pelaksanaan gaji minimum, yang dikesan melakukan kesalahan menerusi operasi dijalankan.
"Kami menggesa semua majikan supaya mematuhi kadar gaji minimum kerana ia undang-undang yang mesti dipatuhi dengan tegas, ia bukan cadangan atau saranan, tetapi kadar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
"Jabatan Tenaga Kerja secara berterusan memantau dan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang buruh negara, termasuk pelaksanaan gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs di Kompleks Penjara Seberang Perai, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian menerima laporan mengenai pemandu bas dibayar di bawah kadar gaji minimum.
Sim berkata KESUMA sentiasa menjalankan tinjauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap kadar gaji minimum.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat pemandu bas ekspres dan persiaran yang terpaksa bergantung kepada elaun perjalanan dan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan dan dibayar dengan gaji pokok serendah RM700 sebulan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Sumber Manusia menerima satu aduan berkaitan kegagalan pematuhan gaji minimum RM1,700 oleh pemandu bas dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
- Tindakan pendakwaan telah diambil terhadap satu pengendali bas yang dikesan melanggar undang-undang gaji minimum melalui operasi pemantauan.
- KESUMA menegaskan bahawa kadar gaji minimum adalah wajib dipatuhi dan pemeriksaan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya.