awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegangan di Bangladesh: Pelajar boleh sambung pengajian di Malaysia atau sebaliknya

Bernama
Bernama
28/07/2024
22:15 MYT
Ketegangan di Bangladesh: Pelajar boleh sambung pengajian di Malaysia atau sebaliknya
Zambry (dua, kanan) bersama tetamu pada Persidangan Pemikiran dan Tamaduan Islam Sedunia (WCIT) 2024, di Ipoh, semalam. - Foto BERNAMA
IPOH: Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
"Kita akan tengok bagaimana kedudukan mereka ketika ini, apa pilihan mereka kalau nak sambung di dalam negara (atau tidak) tetapi bagaimanapun kita nak kena tengok dari segi kelayakan, kedudukan dan subjek yang mereka ambil dan sebagainya.
"Kita mahu mereka diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai-pegawai kita untuk kita mengetahui kedudukan mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus sempena Persidangan Pemikiran dan Tamaduan Islam Sedunia (WCIT) 2024, di sini, semalam.
Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas ekoran keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu mengorbankan lebih 130 nyawa.
Susulan itu, seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar telah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas.
Mengenai WCIT 2024, Zambry berkata, persidangan itu diharap dapat menghasilkan resolusi dan formula dalam menangani isu global terutama melibatkan keamanan dunia.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke persidangan itu hari ini dan dijadual turut dihadiri Anwar.
Dianggarkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat akan menghadiri persidangan itu pada esok hingga 31 Julai di Casuarina Meru, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketegangan di Bangladesh
#pelajar malaysia
#sambung pengajian
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan