MALAYSIA
Ketepikan masalah kesihatan, Muhammad Arsyad nekad selam lubang kumbahan cuba selamat murid
Seorang murid Tahun Tiga meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan pagi semalam. - Gambar fail
NILAI: Nekad menyelam sedalam dua hingga tiga meter ke dasar tangki septik, Muhammad Arsyad Jahaya mengenepikan masalah kesihatannya demi mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.
Ringkasan AI
Muhammad Arsyad, 35, orang awam yang menyelamatkan murid berusia sembilan tahun itu, berkata beliau berada di sekolah berkenaan untuk menghadiri hari sukan anaknya.
Mengimbas detik cemas itu, beliau yang masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan pada Ogos lepas, berkata dirinya nekad menyelamatkan mangsa meskipun tanpa sebarang peralatan keselamatan.
"Waktu itu saya sedang merakam video acara larian anak prasekolah. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dan murid diminta berkumpul di padang. Seorang guru kemudian bertanya sama ada saya boleh berenang dan meminta bantuan saya ke lokasi kejadian," katanya kepada pemberita.
Setibanya di lokasi, beliau melihat penutup lubang telah terbuka. Walaupun orang ramai memaklumkan bahawa bomba sudah dihubungi, Muhammad Arsyad mengambil keputusan untuk bertindak segera kerana bimbang ia mengambil masa.
Katanya, ketika berada di dalam saluran itu, keadaan gelap dengan bau tidak menyenangkan dan air sudah mencecah paras leher. Beliau meminta kayu daripada orang ramai untuk mengukur kedalaman sebelum terlihat topi dan kasut mangsa timbul di permukaan.
"Waktu itu saya terus menyelam, tidak fikir air itu kotor atau tidak. Saya capai mangsa, pegang bawah ketiaknya dan tolak ke atas untuk disambut orang ramai," katanya.
Muhammad Arsyad berkata, walaupun masih dalam pemulihan selepas kecederaan tisu lembut di bahagian tulang rusuk, beliau tidak merasai kesakitan ketika proses menyelamat itu.
"Ketika angkat mangsa, ia terasa mudah dan ringan. Saya bersyukur Allah permudahkan urusan ini, cuma terkilan kerana mangsa sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum bomba tiba dan mengambil langkah keselamatan seterusnya.
Beliau memaklumkan, setakat ini lapan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Media sebelum ini melaporkan mangsa, Abdul Fatah Khairol Rizal, murid Tahun Tiga, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan pagi semalam.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat segera kejadian berkenaan.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad turut mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri agar memastikan fasiliti sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Arsyad Jahaya nekad menyelam ke dalam tangki septik sedalam dua hingga tiga meter tanpa peralatan keselamatan untuk menyelamatkan seorang murid Tahun Tiga yang terjatuh, walaupun dirinya masih dalam pemulihan akibat kemalangan.
- Insiden berlaku semasa hari sukan sekolah di Lenggeng, Nilai. Arsyad bertindak segera kerana bimbang kelewatan bantuan, dan berjaya mengeluarkan mangsa walaupun keadaan gelap, berbau dan air mencecah paras leher.
- Mangsa disahkan meninggal dunia dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Kementerian Pendidikan mengarahkan siasatan segera dan mengingatkan semua sekolah agar memastikan keselamatan fasiliti.