KUALA LUMPUR: Penyelesaian saman di luar mahkamah melibatkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali oleh kerajaan tidak mencerminkan dengan baik kedaulatan undang-undang negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan, pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Kata Dr. Mahathir, ini dibuktikan melalui keterangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di Mahkamah Tinggi pada 28 Julai lalu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Zeti dalam keterangannya berkata, walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkodkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Peguam Negara ketika itu (Apandi) atas sebab yang tidak diketahui pada 11 Sept 2015 memutuskan IP itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Dr. Mahathir berkata, beliau tersentak selepas membaca laporan media berkaitan kenyataan Zeti tersebut.
"Zeti menyatakan bahawa beliau telah melaporkan kepada Peguam Negara pada masa itu iaitu Apandi perbuatan salah kakitangan 1MDB.
"Tetapi Peguam Negara tidak mengambil sebarang tindakan. Ia seolah-olah kelalaian tugas," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Pada 28 Julai lalu, Zeti semasa memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi memberitahu bahawa BNM menyerahkan Kertas Siasatan (IP) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk memulakan pendakwaan jenayah dan mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk pegawai kanannya.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk pergi ke mahkamah bagi menjelaskan mengapa Apandi perlu disingkirkan daripada jawatan sebagai Peguam Negara.
"Satu lagi contoh keputusan salah Apandi ialah menolak semua kes terhadap Najib (bekas Perdana Menteri), namun apabila seorang lagi Peguam Negara membawa kes Najib ke mahkamah, tiga mahkamah dan sembilan hakim mendapati Najib bersalah.
"Jelas, Apandi selaku Peguam Negara tidak mengkaji kes itu secara menyeluruh sebelum mengisytiharkan Najib tiada kes untuk dijawab," jelasnya.
Dr. Mahathir mendakwa, perkara itu sekali lagi menunjukkan pengabaian tugas di pihak Apandi.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, apabila Apandi menyaman kerajaan dan beliau, kerajaan telah bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dan memberikan Apandi sejumlah wang yang tidak diketahui untuk menggugurkan tindakan samannya itu.
Dengan kata lain, Dr. Mahathir mendakwa, kerajaan seolah-olah bersetuju bahawa Apandi dipecat secara salah.
"Saya tidak terlibat dalam penyelesaian itu. Saya tidak bersetuju bahawa saya telah memecat Apandi secara salah.
"Tetapi kini, laporan bahawa beliau gagal mengambil tindakan terhadap laporan oleh Bank Negara membuktikan beliau tidak menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara. Justeru, ini mewajarkan lagi pemecatannya sebagai Peguam Negara.
"Peguam Negara seperti itu diberi pampasan dengan jumlah wang yang tidak diketahui tidak mencerminkan dengan baik kedaulatan undang-undang di negara ini," jelasnya.
Pada 13 Oktober 2020, Apandi menfailkan saman dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak sah.
Bagaimanapun, pada 15 Februari lalu, kerajaan bersetuju bagi penyelesaian luar mahkamah kes saman tersebut malah ia dikelaskan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
Afiezy Azaman
Tue Aug 22 2023

Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan, pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Mahkamah tolak permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad hari ini memutuskan bahawa injunksi itu perlu dikekalkan sehingga saman 1MDB selesai.

Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib - Penganalisis BNM
Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47, mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

AS$30 juta masuk ke akaun Najib dari syarikat samaran - Saksi
Blackstone ialah sebuah syarikat yang dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan buruan, Jho Low, melalui rakan sekutunya Tan Kim Loong atau Eric Tan.

Najib terima RM60.6 juta daripada Putera Faisal - Penganalisis BNM
Berdasarkan analisis beliau, bekas Perdana Menteri itu menerima RM60,629,839.43 daripada Putera Faisal Bin Turkey Bin Bandar Alsaud pada 23 Feb 2011 dan 13 Jun tahun sama.

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

'Mana pernah jerat lupa pelanduk' - KPN tegas usaha jejaki Jho Low masih diteruskan
Menurut Razarudin, siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah AMLA masih diteruskan ketika ini.

Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.

1MDB: Singapura kenakan sekatan seumur hidup terhadap Roger Ng
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan perintah larangan seumur hidup (PO) terhadap Ng Chong Hwa, juga dikenali sebagai Roger Ng, bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs (Singapura) Pte.

1MDB: PDRM rampas, sita aset Jasmine Loo bernilai lebih RM93.2 juta - Ayob Khan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dan menyita sebahagian aset milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.