SHAH ALAM: Ketetapan baharu solat Jumaat di Selangor yang diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibuat setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Alam Shah memaklumkan ketetapan baharu dilakukan berpandukan statistik dan data terkini mengenai penularan wabak COVID-19.
Sultan Sharafuddin menerusi hantaran itu menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau.
"Baginda juga mahu setiap jemaah telah menerima suntikan dua dos vaksin dan juga dos penggalak COVID-19," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, setiap keputusan yang diambil, baginda sentiasa memikirkan keselamatan nyawa rakyat di Selangor kerana mengikut statistik semasa, jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri itu sahaja melebihi 10,000 orang.
Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran Solat Jumaat di negeri itu bagi menunaikan solat Jumaat berikutan perkenan Sultan Selangor, berkuat kuasa esok.
Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak 1.0 meter.
Ketetapan baharu itu juga akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah di seluruh negeri sehingga 35 peratus tertakluk kepada kapasiti sesebuah masjid dan surau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Sultan Sharafuddin turut menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau.- Gambar fail/BERNAMA

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

JAIS larang pungut wang, sumbangan di masjid tanpa kebenaran
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan wujudnya individu atau pihak yang mengambil kesempatan atas kemurahan hati umat Islam.

Polemik tarekat Tasawuf dan Timbalan Menteri Ahmad Marzuk: Apa yang kita tahu setakat ini...
Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan untuk diamalkan di Malaysia selepas melalui proses pemulihan beberapa tahun semenjak 2014.

Lebih 100 NGO serah memorandum kepada Istana Negara, minta Ahmad Marzuk digantikan
Memorandum itu susulan daripada kenyataan yang didakwa mengelirukan, dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.

Sultan Selangor berkenan lawat ICL Hospital Serdang
ICL aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan mempelopori rangkaian ST-elevation myocardial infarction (STEMI).

JAIS benarkan rapat saf solat di masjid, surau mulai 1 April
Ketetapan tersebut dibuat setelah baginda mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Graduan UPM digesa terus menyumbang kepada universiti
Graduan digesa meneruskan hubungan baik dengan universiti agar dapat menyumbang kepada pembangunan sekaligus membina generasi yang berilmu.

Pemilihan seorang raja sebagai Pengerusi MKI dapat elak Islam dipolitikkan - Afifi Al-Akiti
Ia sekaligus dapat memperkukuhkan lagi peranan MKI sebagai penyelaras dan penasihat induk hal ehwal Islam negara ini.

Pastikan projek ECRL, MRT3 tidak timbulkan bencana alam yang lebih teruk - Sultan Sharafuddin
Pelbagai perkara perlu diambil kira terutamanya kesan ke atas impak sosial dan alam sekitar yang perlu dipelihara serta tidak menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang.

Janganlah asyik berpolitik siang dan malam - Titah Sultan Selangor kepada ADUN
Baginda mengingatkan semua ADUN supaya menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan ekonomi.