MALAYSIA
Ketidaktentuan global bukan halangan, tetapi pemangkin kemajuan dan inovasi - Amirul Feisal
Amirul Feisal berkata, dunia kini perlu pendekatan berani, berimaginasi dan berprinsip untuk pastikan institusi dan ekonomi negara terus berdaya tahan.
KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan global bukan sekadar ujian terhadap daya tahan sesebuah negara, tetapi pemangkin kepada kemajuan dan inovasi yang lebih besar.
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir, dunia hari ini menuntut pendekatan baharu yang berani, berimaginasi dan berprinsip bagi memastikan institusi serta ekonomi negara kekal berdaya tahan di tengah-tengah perubahan global.
“Setiap zaman kekacauan menggoda masyarakat untuk berpatah balik kepada zon selesa. Namun sejarah menunjukkan bahawa bangsa yang bangkit lebih kuat ialah mereka yang memeluk ketidaktentuan, bukan melarikan diri daripadanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2025 bertemakan “Risk and Uncertainty” di ibu negara pada Selasa.
Forum dua hari anjuran Khazanah itu menghimpunkan tokoh- tokoh global yang berkongsi pandangan mengenai pengurusan risiko dan strategi ekonomi dalam era tidak menentu.
Dalam pada itu Amirul Feisal berkata, bagi institusi pelaburan seperti Khazanah, ketidaktentuan bukan alasan untuk berhenti mengambil risiko, sebaliknya peluang untuk menstruktur semula strategi dan menilai semula keutamaan jangka panjang negara.
“Ketahanan bukan bermaksud mengelak risiko, tetapi keupayaan menyesuaikan diri dan memperbaharui diri. Dalam pelaburan seperti dalam kehidupan kos yang lebih besar datang daripada tidak melakukan apa-apa,” jelasnya.
Amirul Feisal turut menegaskan bahawa masa depan Malaysia bergantung pada keseimbangan antara kecekapan tadbir urus, keberanian moral dan pelaburan dalam modal insan.
Katanya, pembangunan masa depan tidak hanya diukur pada keuntungan semata-mata, tetapi sejauh mana institusi mampu menyumbang kepada kemanusiaan dan inovasi yang lestari.
Amirul Feisal turut menyeru agar sektor awam dan swasta kekal berani mencipta dan bereksperimen dalam membina masa depan Malaysia yang progresif.
“Ketidaktentuan bukanlah pengakhiran kepada ketertiban, tetapi permulaan kepada segala kemungkinan. Dunia tidak menunggu mereka yang teragak-agak, ia bergerak bersama mereka yang berani mencipta,” katanya.
Ringkasan AI
- Ketidaktentuan global dilihat bukan sebagai halangan, tetapi pemangkin kepada kemajuan dan inovasi, dengan pendekatan berani, berimaginasi dan berprinsip diperlukan untuk memastikan institusi dan ekonomi negara kekal berdaya tahan.
- Bagi Khazanah, ketidaktentuan adalah peluang untuk menstruktur semula strategi pelaburan dan menilai semula keutamaan jangka panjang, dengan penekanan bahawa ketahanan bermaksud keupayaan menyesuaikan dan memperbaharui diri.
- Masa depan Malaysia bergantung kepada keseimbangan antara kecekapan tadbir urus, keberanian moral dan pelaburan dalam modal insan, serta komitmen sektor awam dan swasta untuk terus mencipta dan bereksperimen demi pembangunan yang lestari dan progresif.