Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh hati rakyat jelata, terutama mereka yang berpengalaman berurusan dengan baginda.
Sifat baginda itu terpancar pada peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.
Baginda, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons, tetapi diberitahu oleh pengusaha, restoran penuh hingga tidak dapat menunaikan permintaan baginda.
Tanpa banyak bicara, baginda pun berlalu dari situ.
Namun, anda boleh bayangkan betapa kesalnya pemilik restoran Chan Khek Jun yang tidak dapat melayani seorang VVIP!
Mengimbau kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.
Malah, kata Chan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.
"Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.
"Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal," kata Chan ketika ditemui Bernama di restorannya.
Chan berkata baginda mengunjungi restorannya sekitar tahun 2000 ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan - tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.
"Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda," katanya.
Chan berkata baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.
"Baginda tidak menitah menyediakan pinggan atau sudu dan garpu khusus, dan hanya menggunakan apa sahaja yang ada di restoran ini," katanya.
Mengenai masakan kegemarannya di restoran itu, Chan berkata baginda gemar masakan yang kurang berminyak, masin dan pedas.
"Justeru, kami akan menggunakan minyak zaitun, mengurangkan garam dan lada dalam setiap makanan dipesan baginda," katanya.
Chan berkata makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.
Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa 'sizzling', udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.
Air halia merupakan minuman kegemaran baginda.
Sementara itu, pekerja Restoran Four Season, Nur Emiezza Mohd Noor, 29, berkata pengalaman menjadi pelayan Sultan Muhammad V akan terus segar dalam ingatannya sepanjang 11 tahun berkhidmat di restoran itu.
Nur Emiezza berkata setiap kali baginda hadir untuk bersantap, beliau akan diamanahkan oleh Chan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
"Pada mulanya rasa gementar, namun keperibadian tinggi Sultan Muhammad V, yang sentiasa merendah diri membuatkan saya tidak lagi kekok," katanya.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2017

Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh hati rakyat jelata. - Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Ketinggian peribadi, kerendahan diri: Sifat dimiliki Sultan Muhammad V
Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.