awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KeTSA akui projek empangan hidroelektrik Nenggiri beri kesan kepada flora, fauna

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/08/2022
04:03 MYT
KeTSA akui projek empangan hidroelektrik Nenggiri beri kesan kepada flora, fauna
Takiyuddin berkata, kampung-kampung yang dikenal pasti terlibat ialah Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias membabitkan seramai 1,115 penduduk - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengakui bahawa pembinaan projek empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan bakal memberi kesan kepada flora dan fauna serta penduduk Orang Asli di tiga perkampungan.
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kampung-kampung yang dikenal pasti terlibat ialah Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias membabitkan seramai 1,115 penduduk.
Jelas beliau, pembinaan projek tersebut bermula sejak 1 Mac lalu dan dijangka beroperasi pada 1 Jun 2027.
"Sehubungan dengan itu pihak kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil pelbagai kawalan dengan kerjasama rapat jabatan dan agensi kerajaan sebagai remedi kepada terjejasnya kedudukan orang Asli ini.
"Saya ingin melaporkan kerja-kerja awam pembangunan projek ini telah dimulakan dengan memperolehi kelulusan-kelulusan diperlukan antaranya Kajian Potensi Mineral, Kajian Penerimaan Awam dan Sosial, Kajian Impak Alam Sekitar, Kajian Impak Sosial, serta Kajian Impak Warisan.
"TNB memaklumkan Kajian Impak Sosial akan membuat satu galeri yang dipanggil mini warisan dan budaya orang Asli Nenggiri," katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Takiyuddin (Pas-Kota Bharu) menjawab pertanyaan Datuk Ramli Mohd Nor (PH-Cameron Highlands), meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan adakah pihak kementerian akan meneruskan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, dan adakah pembinaan empangan itu akan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan sekitarnya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata kajian penerimaan awam yang dijalankan bagaimanapun menunjukkan tahap penerimaan projek itu oleh penduduk di tiga perkampungan tersebut meningkat daripada 80 peratus pada 2018 kepada 86 peratus pada Mac 2020.
Justeru tegasnya, pembangunan projek berkenaan tidak meminggirkan kepentingan masyarakat Orang Asli.
"Projek ini mengambil keluasan tasik takungan utama seluas 53.84 kilometer persegi, yang mana mempunyai serampang banyak mata.
"Selain membekalkan bekalan elektrik, (projek tersebut) juga akan mengurangkan kesan fenomena banjir besar, membantu sumber perairan pertanian, mengatasi isu pembekalan air bersih, memberi peluang pekerjaan ketika pembinaan empangan dan potensi kegiatan ekonomi apabila projek ini siap," tambah beliau.
Takiyuddin berkata, projek empangan hidroelektrik Nenggiri dibiayai dan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat TNB iaitu TNB Power Generation Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Projek empangan hidroelektrik Nenggiri
#Orang Asli
#Takiyuddin Hassan
#kesan alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan