Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu utama yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (LKAN PKKP) di Parlimen, esok (Isnin, 14 Oktober).
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, dalam kenyataan pada Ahad, berkata taklimat tersebut adalah susulan pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
"LKAN PKKP kali ini antara lain mengandungi perkara penting iaitu Pengesahan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2018, Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata laporan itu juga akan dimuat naik dalam Portal Jabatan Audit Negara pada jam 10.15 pagi esok (Isnin) sempena taklimat Ketua Audit Negara kepada PAC di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019

Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, dalam kenyataan pada Ahad, berkata taklimat tersebut adalah susulan pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. - Bernama

Biar sikit janji berkat - Rafidah Aziz
Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Komuniti | Kecekalan ibu tunggal bernama Norlela
Pepatah Melayu ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Ini derita yang harus ditanggung seorang ibu tunggal, Norlela Bujang, 50 tahun. Norlela yang kini tinggal bersama-sama anaknya, yang berusia 10 tahun, bukan sahaja tidak bekerja tetap, malah semakin hilang upaya akibat sakit kencing manis yang dialaminya sejak 12 tahun lalu. Sakit itu menyebabkannya tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi setelah telapak kakinya dipotong dua tahun lalu.

Hari Wanita 2021 | Sahut cabaran kerjaya didominasi lelaki
Prinsip itu menjadi pegangan Pegawai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya Samantha Echa Sigat. Bagi wanita berusia 33 tahun itu, jantina bukan penghalang untuk berjaya terutama dalam bidang yang didominasi kaum lelaki. Meskipun menyedari tugasan yang digalas bukanlah mudah tetapi ia dijadikan pembakar semangat untuk dirinya.

Vaksin COVID-19: Polis sedang lengkapkan siasatan berhubung 'potong barisan'
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu.

Djokovic atasi rekod Federer sebagai pemain nombor satu paling lama
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripadanya, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.

Polis keluar 5 saman trafik terhadap pelajar hina guru dan pemilik motosikal
Polis sudah menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Lelaki terjun bangunan, 4 direman dalam operasi AADK
10 individu yang ditahan dalam operasi AADK didapati positif dadah pelbagai jenis.

Kes wanita mati dijerut: Polis tahan suspek berusia 57 tahun
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori selepas dilanggar, isteri maut
Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori sejauh 11 kilometer selepas dilanggar oleh lori berkenaan.

166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.

Ketua Audit Negara beri taklimat kepada PAC esok
Laporan itu juga akan dimuat naik dalam Portal Jabatan Audit Negara pada jam 10.15 pagi Isnin, 14 Oktober 2019.