MALAYSIA
Ketua Audit Negara yakin dapat semua dokumen 1MDB
AMBRIN: Kami masih cuba mendapatkan kesemua dokumen terbabit. Kalau mereka (pihak 1MDB) tidak mahu bekerjasama, kami akan dapatkan daripada sumber lain. -Gambar fail
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yakin pihaknya akan dapat mengumpul kesemua dokumen yang diperlukan untuk memuktamadkan laporan auditnya.
"Kami masih cuba mendapatkan kesemua dokumen terbabit. Kalau mereka (pihak 1MDB) tidak mahu bekerjasama, kami akan dapatkan daripada sumber lain," katanya selepas prosiding siasatan 1MDB di sini hari ini
Tambah Ambrin, pihak 1MDB telah pun menghantar sebahagian dokumen yang diperlukan untuk tujuan audit, namun masih ada beberapa dokumen berkaitan yang sedang diusahakan pihaknya.
"Kami masih menunggu dokumen berkaitan lain untuk dihantar kepada kami.
"Beri mereka masa. Lagipun kerja kami belum tamat," tambahnya.
Prosiding bersambung esok.