Ketua jabatan di setiap agensi kerajaan dan penguatkuasaan perlu bersikap lebih terbuka dan bertanggungjawab terhadap media dalam memberi respons kepada isu berkaitan dengan agensi terlibat.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam berkata sikap berterusan mendiamkan diri ketua jabatan apabila timbulnya sesuatu isu hanya akan menebalkan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi berkenaan.
Katanya, jika tidak mahu menggunakan media arus perdana, agensi berkaitan mempunyai pilihan untuk menyalurkan maklumat khususnya membabitkan sesuatu isu yang menjadi tular atau mempunyai kepentingan umum melalui laman web atau laman sosial agensi.
"Dalam hal ini, saya dapati terdapat sesetengah agensi yang mewujudkan Facebook untuk berinteraksi dengan orang awam. Namun apabila mereka memberikan pertanyaan, kerap kali agensi gagal memberi respons yang diharapkan.
"Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku jika agensi mempunyai pemantauan dan pengurusan yang baik ke atas laman web dan laman sosial mereka," katanya ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi Media 2017 di sini, Jumaat malam.
Majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.
Yaacob turut mengingatkan pengamal media bahawa nilai sebuah berita bukan terletak pada sensasi atau kontroversi sesuatu isu, tetapi pada kualiti dan kebolehpercayaan yang tinggi berita tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata media perlu bijak mengambil peranan dengan laporan yang berintegriti, berani, telus dan tepat.
Pada majlis itu, EAIC turut memberi penghargaan kepada pengamal media termasuk Ketua-ketua Pengarang organisasi media bagi menghargai hubungan kerja mereka dengan agensi tersebut sejak ia ditubuhkan.
Malam Apresiasi itu juga diadakan bersempena ulang tahun keenam EAIC yang ditubuhkan pada 1 April 2011.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
Datuk Yaacob Md Sam berkata sikap berterusan mendiamkan diri ketua jabatan apabila timbulnya sesuatu isu hanya akan menebalkan persepsi negatif masyarakat terhadap agensi berkenaan.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta
Seorang ahli lembaga sebuah koperasi agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa untuk menyeleweng wang pelaburan RM3.2 juta.
PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara.
Kementerian, agensi perlu teroka dan manfaat AI - Fahmi
Menteri Komunikasi seru kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka dan memanfaatkan teknologi AI bagi meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kepada rakyat.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Songkran: Polis Thailand tubuh pusat pemantauan cegah kemalangan jalan raya
Polis Thailand menubuhkan pusat pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan kemalangan jalan raya semasa penganjuran Festival Songkran.