[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Ketua JPJKK Pulau Pinang meninggal dunia

Bernama 13/02/2021 | 14:42 MYT
Zundin, 59, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP kira-kira pukul 4.40 petang. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN:Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang SAC Zundin Mahmood meninggal dunia hari ini di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana jangkitan paru-paru.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang, Zundin, 59, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP kira-kira pukul 4.40 petang.
"Seluruh warga PDRM terutama kontinjen Pulau Pinang menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham tuan Zundin yang telah kembali ke rahmatullah hari ini," menurut kenyataan itu malam ini.
Jenazah Zundin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur.-- BERNAMA
#JPJKK #pulau pinang #polis #Zundin Mahmood #meninggal dunia