awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua kampung sorok mercun dalam kuarters kerajaan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/05/2019
05:38 MYT
Ketua kampung sorok mercun dalam kuarters kerajaan
Antara rampasan yang dilakukan melibatkan 17 jenis mercun seperti mercun bola, thunder crackling clap, roket dan lebah. - Gambar Astro AWANI
Polis menahan seorang ketua kampung dan merampas pelbagai jenis mercun tanpa permit dan rokok seludup yang disorokkan di sebuah kuarters kerajaan di Kampung Gajah, di sini pada Ahad lalu.
Lelaki berumur 57 tahun itu yang juga peniaga kedai runcit diberkas dalam serbuan kira-kira 11.15 malam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohd Zainal Abdullah berkata, rampasan berkenaan melibatkan 17 jenis mercun seperti mercun bola, thunder crackling clap, roket dan lebah yang dilarang dimiliki, dijual dan digunakan.
“Kita percaya dengan tertangkapnya barang kes ini, tidak ada lagi penjualan mercun secara berleluasa di sekitar kawasan Kampung Gajah dan juga Daerah Perak Tengah, khususnya.
“Kita lihat rampasan-rampasan ini seperti mercun bola amat merbahaya sebab itu kita perlu mengambil tindakan penguatkuasaan berterusan supaya tidak akan ada yang menjadi mangsa kepada bahan-bahan terlarang ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, bekalan mercun itu diperoleh dari pembekal di Teluk Intan yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
Sehubungan itu, kata Mohd Zainal, pihaknya juga akan berkongsi maklumat yang diperoleh dengan ibu pejabat polis lain bagi membantu membanteras penjualan mercun tanpa permit.
Katanya, jumlah rampasan mercun ialah RM5,000 dan rokok RM2,000 tetapi harga jualan mungkin lebih tiga kali ganda daripada nilai tersebut.
Suspek direman sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#jenayah
#ketua kampung
#kuarters kerajaan
#mercun
#Mohd Zainal Abdullah
#negara jiran
#permit
#polis
#rampasan
#reman
#rokok
#seludup
#sorok
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan