BALIK PULAU: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, dapat menangani masalah air yang membabitkan Pulau Pinang dan Kedah.
Chow berkata, sebagai menteri, Tuan Ibrahim perlu bertanggungjawab memastikan semua negeri mempunyai sumber air mentah yang mencukupi.
"Saya rasa menteri berkenaan perlu lihat dirinya sebagai menteri Malaysia, untuk menangani masalah melibatkan negeri-negeri dan bukan sebagai menteri Pas, sebab pihak itu (Kedah) membabitkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas," katanya selepas Majlis Penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Pulau Pinang, yang akan mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Pulau Pinang akan terus membangkitkan isu air dalam semua jenis mesyuarat peringkat Persekutuan yang dihadiri, kerana berpendapat masalah itu bukan sekadar membabitkan satu atau dua negeri, tetapi adalah isu nasional.
Chow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata, Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab moral membayar kepada Kedah, berhubung sumber bekalan air yang diambil dari Sungai Muda.
Jumaat lepas, Tuan Ibrahim berkata, Pulau Pinang mempunyai hak mengambil air dari Sungai Muda, namun, aliran sungai berkenaan bermula di hutan di Ulu Muda, Kedah, perlu dipelihara dan dilindungi daripada pembalakan menyebabkan Kedah kehilangan sumber pendapatan yang berpotensi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa mencadangkan, supaya kerajaan Persekutuan berusaha untuk mendapatkan pampasan Persekutuan untuk Kedah dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah untuk air dari Sungai Muda.
Jaseni berkata, Pulau Pinang tidak membayar Kedah untuk air mentah dari Sungai Muda kerana tiada kewajipan undang-undang yang memaksa Pulau Pinang membayar air mentah yang diabstrak dari Sungai Muda.
"Adalah menjadi tugas Menteri Alam Sekitar dan Air untuk mendapatkan dana Persekutuan daripada kerajaan Persekutuan untuk memulihara Ulu Muda dan Sungai Muda dan bukannya memaksa Pulau Pinang membayar Kedah," katanya.
Jaseni berkata, menteri Persekutuan hendaklah fokus kepada pampasan Persekutuan untuk pemuliharaan Ulu Muda dan Sungai Muda di Kedah. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) berharap Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, dapat menangani masalah air yang membabitkan Pulau Pinang dan Kedah. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.
Masalah air: Tiga kategori pengguna jadi keutamaan - TPM
Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi tempoh pertengahan bulan Mei hingga akhir September yang dijangkakan berdepan monsun barat daya untuk memastikan bekalan air mencukupi.