awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2017
06:50 MYT
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 tengah hari. - Gambar fail
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia hari ini, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.
Perkara tersebut disahkan oleh Bernama yang menghubungi anak saudara Allahyarham.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan perkara berkenaan menerusi akaun twitternya.
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tan Sri Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah.
"Jasa Allahyarham kpd Sarawak amat besar, Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa. Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak utk ziarah jenazah.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 11, 2017
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pukul 1.20 petang tadi.
Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada satu sidang akhbar di Kuching petang tadi berkata jenazah Ketua Menteri Sarawak itu akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak Petra Jaya 10 pagi esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir bermula 10.30 pagi.
Selain itu turut diumumkan, tujuh hari tempoh berkabung dan bendera dikibar separuh tiang untuk seluruh negeri Sarawak.
Esok turut diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak.
Abang Johari turut memaklumkan Ketua Menteri Sarawak itu meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung.
Allahyarham menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.
Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#meninggal dunia
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan