MALAYSIA
Ketua pegawai operasi mengaku tidak bersalah salah guna RM110,000
Ching Peng dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM: Seorang ketua pegawai operasi (COO) syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat atas dua pertuduhan membabitkan salah guna dana syarikat berjumlah lebih RM110,000.
Tertuduh, Tan Ching Peng, 62, yang memegang jawatan COO Rekabina Construction Sdn Bhd, dituduh menggunakan wang milik syarikat itu secara tidak jujur bagi tujuan peribadi.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Ching Peng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Hanafi Firdhaus Abd Latif, yang memohon jumlah jaminan sepadan dengan nilai kerugian.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan Ching Peng menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.
Tertuduh turut diwajibkan melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan sebagai syarat tambahan jaminan.
Peguam bela tertuduh, Azrul Z. Stork memohon mahkamah mempertimbangkan faktor usia dan status kerjaya anak guamnya dalam menetapkan syarat jaminan.
Mahkamah menetapkan 20 Januari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan perkembangan dokumen serta persiapan perbicaraan.