SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan seorang menteri yang didakwa membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang walaupun siapa dan apa sekalipun jawatan mereka.
"Saya mohon Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap kelakuan menteri yang tidak wajar ini.
"Seharusnya (individu itu) dilucutkan jawatan sebagai menteri," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.
Media terdahulu melaporkan tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.
Dalam kejadian petang Khamis itu, menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan dan dipercayai bertindak sedemikian bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal menegaskan, perbuatan menteri terbabit sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.
"Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja, menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 30 2023
Dr Muhamad Akmal berkata, ia kerana tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang walaupun siapa dan apa sekalipun jawatan mereka. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dakwaan rasuah di KLIA: PM beri jaminan siasatan rapi akan dijalankan
Tindakan juga akan diambil kepada pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelancaran operasi di lapangan terbang tersebut.
MCW gesa menteri beri bukti dakwaan wujud rasuah, salah guna kuasa di KLIA
MCW menggesa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing membuktikan dakwaannya berhubung wujud budaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang kronik segelintir pegawai Imigresen.
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
SPRM siasat dakwaan menteri mengenai budaya rasuah di KLIA
SPRM akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan budaya rasuah membabitkan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Imigresen siasat dakwaan menteri cetus kekecohan di KLIA
Jabatan Imigresen telah memulakan siasatan susulan dakwaan berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melibatkan seorang menteri pada Khamis.
Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA
Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan jawatan seorang menteri yang didakwa membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs
Cuepacs berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang.
Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony
Anthony Loke Siew Fook belum menerima sebarang laporan berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam.
Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA
Seorang individu dipercayai menteri dikatakan cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen di KLIA pada Khamis.