MALAYSIA
Ketua Penasihat Bangladesh Muhammad Yunus terima anugerah Ijazah Kehormat UKM
Tuanku Muhriz (kanan) berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Perniagaan Sosial kepada Ketua Penasihat Bangladesh Prof Muhammad Yunus (kiri) di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Penasihat Bangladesh Prof Muhammad Yunus dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Perniagaan Sosial oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu majlis konvokesyen khas hari ini.
Ringkasan AI
Yunus, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, menerima ijazah kehormat berkenaan daripada Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.
"Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam mengurangkan kemiskinan dan mengubah kehidupan masyarakat di Republik Rakyat Bangladesh, dengan sukacitanya beta bagi pihak UKM menganugerahkan Ijazah Kehormat dalam Perniagaan Sosial," titah Tuanku Muhriz dalam titah diraja ringkas baginda.
Turut berangkat dalam majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Dalam syarahan umumnya selepas menerima ijazah kehormat itu, Yunus berkata anugerah tersebut bukan sekadar satu penghormatan peribadi tetapi pengiktirafan terhadap kekuatan, keberanian dan ketabahan rakyat Bangladesh, terutama jutaan usahawan muda dan wanitanya.
"Pengiktirafan ini mengingatkan saya kepada tanggungjawab untuk terus berusaha demi impian generasi muda kita. Dari semasa ke semasa kita menyaksikan bahawa golongan kurang bernasib baik, terutama wanita apabila menerima bantuan kewangan walaupun kecil dan latihan asas mereka mampu membawa perubahan yang berkekalan kepada komuniti mereka.
"Daripada bekerja sebagai ahli ekonomi hingga kepada menubuhkan Bank Grameen, satu kepercayaan yang menjadi panduan saya, manusia miskin bukan kerana mereka tiada bakat atau impian tetapi kerana sistem tidak pernah memberi mereka peluang yang adil.
"Sistem kewangan kita berkhidmat untuk golongan kaya bukan golongan miskin. Jadi saya wujudkan satu kaedah untuk golongan paling miskin juga boleh mendapat pinjaman, memulakan perniagaan dan mengubah kehidupan mereka," katanya.
Usahawan sosial, ahli ekonomi dan penerima Hadiah Nobel Keamanan itu terkenal kerana mempelopori konsep mikrokredit dan mikropembiayaan, yang menyediakan pinjaman kecil kepada individu miskin tanpa perlu cagaran bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan kecil sekali gus memutuskan kitaran kemiskinan.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Dr Sufian Jusoh memuji Yunus atas dedikasi luar biasa beliau dalam aspek kemajuan sosial serta sumbangan besar yang telah mengubah landskap pembangunan di Bangladesh.
Beliau berkata Yunus merupakan contoh unggul kepimpinan transformatif yang berasaskan kepada integriti, tadbir urus yang baik, serta keyakinan bahawa ekonomi hanya benar-benar kukuh apabila ia memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.
"Pada 1976, beliau (Yunus) memulakan projek pinjaman mikro di kampung Jobra, dengan secara peribadi meminjamkan sebanyak AS$27 kepada 42 wanita. Inisiatif kecil ini mencetuskan satu idea revolusioner yang akhirnya membawa kepada penubuhan Bank Grameen pada 1983," katanya dalam ucapan pengenalan.
Sufian berkata Bank Grameen, yang diwujudkan sebagai sebuah institusi kewangan berpaksikan rakyat, telah menjadi model global bagi usaha pembasmian kemiskinan melalui pinjaman mikro tanpa cagaran, yang kini memberi manfaat kepada lebih 100 juta orang di seluruh dunia dan menginspirasikan program serupa di lebih 100 negara, termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia.
Dilahirkan pada 28 Jun 1940 di Chittagong, Yunus memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastra dalam Ekonomi dari Universiti Dhaka sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Ekonomi di Vanderbilt University, Amerika Syarikat sebagai penerima biasiswa Fulbright.
Beliau kemudiannya menjadi pensyarah ekonomi di Middle Tennessee State University, dan pada 1972 kembali ke Bangladesh untuk berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Ekonomi di Universiti Chittagong.
Yunus menjalinkan hubungan erat dengan UKM selama lebih sedekad, berperanan sebagai ikon dan mentor dalam bidang perniagaan sosial, khususnya melalui penubuhan Pusat Perniagaan Sosial Yunus UKM di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 2011.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Prof Muhammad Yunus, penerima Hadiah Nobel Keamanan, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Perniagaan Sosial oleh UKM atas sumbangannya dalam mengurangkan kemiskinan melalui konsep mikrokredit.
- Yunus menekankan bahawa sistem kewangan perlu memberi peluang adil kepada golongan miskin, dan beliau memulakan revolusi mikropembiayaan dengan menubuhkan Bank Grameen yang kini memberi manfaat kepada lebih 100 juta orang di seluruh dunia.
- Beliau mempunyai hubungan erat dengan UKM sejak 2011 melalui penubuhan Pusat Perniagaan Sosial Yunus, dan terus menjadi ikon serta mentor dalam bidang perniagaan sosial di Malaysia.
Yunus, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, menerima ijazah kehormat berkenaan daripada Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.
"Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam mengurangkan kemiskinan dan mengubah kehidupan masyarakat di Republik Rakyat Bangladesh, dengan sukacitanya beta bagi pihak UKM menganugerahkan Ijazah Kehormat dalam Perniagaan Sosial," titah Tuanku Muhriz dalam titah diraja ringkas baginda.
Turut berangkat dalam majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Dalam syarahan umumnya selepas menerima ijazah kehormat itu, Yunus berkata anugerah tersebut bukan sekadar satu penghormatan peribadi tetapi pengiktirafan terhadap kekuatan, keberanian dan ketabahan rakyat Bangladesh, terutama jutaan usahawan muda dan wanitanya.
"Pengiktirafan ini mengingatkan saya kepada tanggungjawab untuk terus berusaha demi impian generasi muda kita. Dari semasa ke semasa kita menyaksikan bahawa golongan kurang bernasib baik, terutama wanita apabila menerima bantuan kewangan walaupun kecil dan latihan asas mereka mampu membawa perubahan yang berkekalan kepada komuniti mereka.
"Daripada bekerja sebagai ahli ekonomi hingga kepada menubuhkan Bank Grameen, satu kepercayaan yang menjadi panduan saya, manusia miskin bukan kerana mereka tiada bakat atau impian tetapi kerana sistem tidak pernah memberi mereka peluang yang adil.
"Sistem kewangan kita berkhidmat untuk golongan kaya bukan golongan miskin. Jadi saya wujudkan satu kaedah untuk golongan paling miskin juga boleh mendapat pinjaman, memulakan perniagaan dan mengubah kehidupan mereka," katanya.
Usahawan sosial, ahli ekonomi dan penerima Hadiah Nobel Keamanan itu terkenal kerana mempelopori konsep mikrokredit dan mikropembiayaan, yang menyediakan pinjaman kecil kepada individu miskin tanpa perlu cagaran bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan kecil sekali gus memutuskan kitaran kemiskinan.
Sementara itu, Naib Canselor UKM Prof Dr Sufian Jusoh memuji Yunus atas dedikasi luar biasa beliau dalam aspek kemajuan sosial serta sumbangan besar yang telah mengubah landskap pembangunan di Bangladesh.
Beliau berkata Yunus merupakan contoh unggul kepimpinan transformatif yang berasaskan kepada integriti, tadbir urus yang baik, serta keyakinan bahawa ekonomi hanya benar-benar kukuh apabila ia memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat.
"Pada 1976, beliau (Yunus) memulakan projek pinjaman mikro di kampung Jobra, dengan secara peribadi meminjamkan sebanyak AS$27 kepada 42 wanita. Inisiatif kecil ini mencetuskan satu idea revolusioner yang akhirnya membawa kepada penubuhan Bank Grameen pada 1983," katanya dalam ucapan pengenalan.
Sufian berkata Bank Grameen, yang diwujudkan sebagai sebuah institusi kewangan berpaksikan rakyat, telah menjadi model global bagi usaha pembasmian kemiskinan melalui pinjaman mikro tanpa cagaran, yang kini memberi manfaat kepada lebih 100 juta orang di seluruh dunia dan menginspirasikan program serupa di lebih 100 negara, termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia.
Dilahirkan pada 28 Jun 1940 di Chittagong, Yunus memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastra dalam Ekonomi dari Universiti Dhaka sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Ekonomi di Vanderbilt University, Amerika Syarikat sebagai penerima biasiswa Fulbright.
Beliau kemudiannya menjadi pensyarah ekonomi di Middle Tennessee State University, dan pada 1972 kembali ke Bangladesh untuk berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Ekonomi di Universiti Chittagong.
Yunus menjalinkan hubungan erat dengan UKM selama lebih sedekad, berperanan sebagai ikon dan mentor dalam bidang perniagaan sosial, khususnya melalui penubuhan Pusat Perniagaan Sosial Yunus UKM di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada 2011.
-- BERNAMA

#Ketua Penasihat Bangladesh
#Muhammad Yunus
#dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
#terkini