Ketua Pengarah IB keluar hospital Sabtu, berehat selama sebulan

Syafique Shuib
April 14, 2017 10:29 MYT
Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Muhamed Jauhari Shaarani akan berehat selamat sebulan setelah menjalani pembedahan untuk merawat saluran pemakanannya yang tersumbat. -fotoBERNAMA
Ketua Pengarah Istana Budaya (IB) Datuk Muhamed Jauhari Shaarani kini berada dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh sejak Isnin untuk merawat saluran pemakanannya yang tersumbat .
“Saya dibenarkan keluar hospital esok (Sabtu).
“Sekarang selepas pembedahan, keadaan saya semakin baik,” kata Muhamed Jauhari ketika dihubungi Astro AWANI.
Selepas ini, beliau akan berehat selama sebulan.
Muhamed Jauhari dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh setelah keadaanya semakin teruk dan sukar untuk makan.
Beliau sebelum ini memberi tahu portal Utusan Online bahawa beliau sepatutnya menjalani pembedahan pada 3 Januari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
#Hospital Sungai Buloh #Muhamed Jauhari Shaarani