awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Polis Daerah Putrajaya nafi terlibat penganjuran majlis langgar SOP PKP

Bernama
Bernama
12/02/2021
15:04 MYT
Ketua Polis Daerah Putrajaya nafi terlibat penganjuran majlis langgar SOP PKP
Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu telah mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
PUTRAJAYA:Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial, kononnya beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini, hari ini.
Beliau berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, dan pemilik rumah berkenaan telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan itu, namun ia tidak ada kena mengena dengan saya seperti didakwa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Fadzil berkata, siasatan mendapati pemilik rumah itu hari ini telah mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
"Saya telah hadir di rumah itu lebih awal selepas menerima laporan mengenai penganjuran majlis itu, dan telah mengarahkan anggota untuk mengeluarkan kompaun terhadap tuan rumah kerana melanggar SOP PKP," katanya.
Hari ini, sekeping gambar yang memaparkan sebuah rumah di Presint 8 di sini, mengadakan majlis yang dihadiri lebih 10 individu tular di laman sosial, selain ia mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ocpd
#Putrajaya
#langgar
#SOP
#PKP
#nafi
#Mohd Fadzil Ali
#kompaun
#Tular
#viral
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan