[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Ketua Polis Kedah patah kaki kanan akibat kemalangan

Adie Sufian Zulkefli 31/12/2019 | 05:17 MYT
Zainuddin Yaacob diberi bantuan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. - Gambar ihsan pembaca
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob patah kaki sebelah kanan akibat kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza di simpang empat Pokok Pauh, Pokok Sena pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi, Zainuddin dikatakan menunggang motosikal jenis Honda RS 150 ketika dalam perjalanan untuk menyertai Konvoi Kapchai Ambang Tahun 2020.

Menurut sumber, Zainuddin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki ambulans untuk mendapat rawatan.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu.
#kemalangan #Ketua Polis Kedah #patah kaki kanan #Zainuddin Yaacob