Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun perlu campur tangan dan mengeluarkan kenyataan yang tepat mengenai insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.
Ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mendakwa Polis Daerah Subang Jaya telah mengeluarkan kenyataan salah dan mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau juga menggesa tindakan displin diambil ke atas polis Daerah Subang Jaya itu.
“Kita gesa Ketua Polis Negara kena pastikan kenyataan tersebut dibetulkan dengan segera dan tindakan disiplin ke atas polis Subang Jaya perlu diambil,” katanya kepada media di Lobi Parlimen hari ini.
BACA: Jangan sebar berita negatif kes kuil Sri Maha Mariamman - Noor Rashid
BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang
Antara yang turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Jelutong, R S Rayer; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus
Polis Daerah Subang Jaya sebelum ini menerusi laman Facebook telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan berlaku pergaduhan antara dua kaum individu India yang membabitkan perpindahan kaum.
Beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor menafikan rusuhan di kuil itu tidak melibatkan pertembungan kaum.
Kata Waytha kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam masyarakat India.
Beliau turut mempersoalkan kelewatan dan tindakan polis dalam mengawal insiden berkenaan.
"Persoalannya adalah mengapa hanya satu kereta peronda Polis Daerah Subang Jaya di tempat kejadian pada jam 4.15 pagi, manakala FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) pula tiba jam 6 pagi,” soalnya.
Diyana Ibrahim
Mon Nov 26 2018

Beliau juga menggesa tindakan displin diambil ke atas polis Daerah Subang Jaya itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestic.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ditanya mengenai dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada Bersatu yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawabnya.Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada di ba"Kerajaan hari ini adalah kerajaan gabungan bukan satu parti seperti sebelum ini, antara gabungan parti terbesar adalah kerajaan PN. Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kursus Pra Perkahwinan | Modul anti rasuah bakal didedahkan kepada bakal pengantin
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), bersedia menambah modul antirasuah dalam kursus pra perkahwinan sejajar dengan usaha yang dilaksanakan Rasuah Busters. Pesuruhjayanya, M. Rozi Bidin berkata, ia bagi memberi pendedahan kepada bakal pengantin agar sentiasa berwaspada dalam berdepan masalah kewangan selepas berumahtangga.

Mahkamah | Shahrir beli Honda Civic dengan satu kali pembayaran - Saksi
Dua saksi dalam perbicaraan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Ab Samad berkata, tertuduh membeli sebuah Honda Civic Hybrid dan menyelesaikan pembayaran dengan hanya satu cek pada 2013.

Kemalangan | Lima nyaris maut kereta terjunam 30 meter ke dalam gaung
Lima sekawan nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang dalam kejadian jam 3 petang Isnin. Kesemua mangsa berusia 20 dan 21 tahun yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga BLM itu bagaimanapun, mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketirisan LCS | Kerajaan digesa tubuh RCI agar siasatan lebih telus
Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu bagi mendedahkan petualang di sebalik skandal itu serta tindakan sewajarnya dikenakan demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Pindaan Akta | Penunggang p-hailing bakal disyaratkan memiliki GDL
Penunggang perkhidmatan p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki lesen memandu vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.

10 Berita Pilihan - (08 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel rampas 'hak penjaga' Masjid al-Aqsa
Pendirian beliau dilihat sebagai penafian terhadap perjanjian damai Israel-Jordan pada 1994.

PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya
Pakistan sedang dilanda kemelut politik yang hebat kerana kerajaan pimpinan Imran menghadapi undi tidak percaya di Parlimen.

Lantikan Naib Canselor perlu telus, elak ada 'tangan ghaib' - MPN
Raduan berkata hakikat yang perlu diterima adalah campur tangan politik sememangnya wujud dalam pelantikan sesuatu jawatan termasuk melibatkan lantikan Naib Canselor.

Lobi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah: Jangan guna pengaruh, tekanan politik - MPN
Apatah lagi untuk mengurniakan anugerah berprestij itu kepada individu yang tidak layak atau kurang sesuai dengan tahap yang dimiliki seseorang individu itu.

Pemimpin politik giat melobi 'kejar' Ijazah Kehormat Doktor Falsafah?
Tindakan melobi itu turut dilakukan secara agresif oleh pejabat seorang menteri besar bagi membolehkan pemimpin mereka mendapat anugerah itu.

Campur tangan kerajaan secara langsung diperlukan bagi sedia rumah mampu milik di kawasan utama - PropertyGuru
Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa.

Jangan benarkan ahli politik campur tangan urusan Tabung Haji - Anwar Ibrahim
Bagi memastikan operasi dan pengurusan terbaik, TH boleh menukar kepada pengurusan yang cekap, kata Ketua Pembangkang.

Tindakan Agong manifestasi keharmonian Raja dan demokrasi - Shamrahayu
Yang di-Pertuan Agong menjadi pengimbang antara institusi Raja Berperlembagaan dengan sistem demokrasi berparlimen dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang didepani negara.

Tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan Najib - LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan politik dalam prosiding kebankrapan oleh LHDN terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Sediakah ahli politik tidak lagi campur tangan dalam institusi?
Ahli politik cukup sekadar gubal undang-undang di Parlimen dan bantu rakyat di kawasan, tidak perlu lagi dilantik sebagai menteri.