Ketua Polis Negeri Sembilan terlibat kemalangan motosikal berkuasa tinggi

Bernama
Ogos 31, 2020 13:47 MYT
Mohamad yang menunggang motosikalnya dipercayai terjatuh sendiri sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dirawat. -Gambar fail
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah bahu kiri selepas terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata insiden itu berlaku kira-kira 2.30 petang.
"Ketika kejadian, beliau menunggang motosikalnya sebelum terjatuh sendiri.
"Selepas kemalangan, beliau telah dirawat di Hospital Bentong tetapi telah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk menjalani rawatan lanjut... Keadaan beliau ketika ini stabil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
-- BERNAMA
#berkuasa besar #CPO #kemalangan #ketua polis #motosikal #Negeri Sembilan #terjatuh