KUALA LUMPUR:Mencuri merupakan satu kesalahan jenayah tetapi dalam keadaan tertentu seperti tekanan kehidupan seseorang itu mungkin terpaksa melakukannya demi sesuap nasi untuk keluarga.
Pada awal pagi Khamis, tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang disiarkan secara langsung melalui laman media sosial Facebook milik Polis Daerah Petaling Jaya menyentuh hati ramai pihak.
Nik Ezanee berkata, pada Rabu, beliau menerima laporan bahawa seorang wanita ditahan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya kerana mencuri barangan dan ubat-ubatan kerana anaknya sakit.
“Saya berasa terpanggil untuk berjumpa dengan suri rumah ini yang tinggal di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Petaling Jaya.
“Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara-perkara tersebut.
"Kalau kita lapar kita boleh tahan, tapi kalau anak-anak kita yang lapar, itu perkara yang tak boleh kita terima.
“Jadi saya sediakan sedikit bantuan makanan bekalan harian. Terdapat beras dan sebuah kotak berisi bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta ‘Cool Fever’ juga untuk anak wanita ini,” jelasnya.
Nik Ezanee sempat berpesan kepada wanita berkenaan sekiranya mengalami sebarang kesusahan di masa depan agar terus cekal dalam menghadapi cabaran meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik.
“Susah-susah sangat datanglah ke balai polis,” ujarnya sebelum meninggalkan kediaman wanita terbabit.
Pada masa sama, Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.
“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sangat mencabar, ramai antara kita yang mengadu tak faham kenapa polis buat sekatan dan tutup jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan kesusahan kepada orang ramai.
“Sebenarnya bukan tuan atau puan sahaja yang susah tetapi ada lagi yang lebih susah, dalam kita nak melawan COVID-19 ramai yang terkesan.
“Tidak kira petugas barisan hadapan atau orang awam di segenap lapisan masyarakat, jadi kita kena berkorban sedikit untuk masa depan yang lebih baik.
“Kita sama-sama bantu mana yang perlu, duduklah di rumah kerana kes COVID-19 pun masih tinggi dengan semalam (Rabu) cecah 4,008 kes,” tambahnya.
Difahamkan Nik Ezanee turut tidak mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap wanita berkenaan melihat kepada situasi dan keadaan semasa wanita itu.
Afiezy Azaman
Thu Jan 21 2021
Nik Ezanee menyampaikan bantuan kepada suri rumah tersebut. -Facebook@PolisDaerahPetalingJaya
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik
Nik Ezanee akan mula bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bermula 1 Jun ini.
Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO
Juruiring polis kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dijangka kembali berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menteri
Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kini beralih tugas sebagai juruiring Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.
Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee
Beliau berkata konsep seperti humanizing the badge perlu ada dalam setiap pegawai dan anggota polis yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan negara.
Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis
Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok (Khamis).
Arahan pertukaran PDRM libatkan 71 pegawai kanan
Senarai pertukaran terbaharu melibatkan 71 pegawai kanan, antaranya Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon
Seorang lelaki yang mengugut pemandu e-hailing wanita dengan menunjukkan sepucuk pistol mainan dicekup polis tengah malam tadi.
Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan
Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.
Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak
Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.
Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini
Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya jam 9 pagi ini atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.