awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan naik pangkat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/06/2025
02:50 MYT
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan naik pangkat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, umum PDRM hari ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan lapan pegawai kanan yang akan berkuat kuasa 21 Julai depan.
Pertukaran itu melibatkan beberapa jawatan penting termasuk Ketua Polis Kontinjen dan Pengarah Jabatan di Bukit Aman.
Antara yang terlibat ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bertukar ke jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.
Turut terlibat dalam pertukaran berkenaan ialah Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.
Dalam pada itu, DCP Gilberd Philip Layang yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi, dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Pengarah jabatan yang sama dengan memangku pangkat CP.
Turut terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat ialah SAC Redzuan Abd Hamid yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi, dengan memangku pangkat DCP.
SAC Mohd Rozi Jidin yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Manakala ACP Nordin Md Nor dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
Kenyataan rasmi pertukaran ini dikeluarkan oleh Setiausaha Polis Malaysia, SAC Datuk Kamaruzaman Abdullah, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Ketua Polis Selangor
#Hussein Omar Khan
#PDRM umum pertukaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami