awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius terhadap teguran LKAN - KPPA

Bernama
Bernama
30/09/2023
02:45 MYT
Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius terhadap teguran LKAN - KPPA
Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memandang perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa, kata Zulkapli Mohamed. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan agar memandang perhatian serius terhadap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Zulkapli Mohamed berkata, langkah berkenaan merupakan usaha ke arah memartabatkan integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam.
"Mereka (Ketua Setiausaha dan ketua jabatan) juga diminta bersiap siaga dengan sebarang teguran (LKAN) yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.
"Selaku pegawai pengawal di setiap kementerian dan jabatan yang diterajui, integriti merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Persidangan Pemerkasaan Integriti anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan pada 27 Sept lepas.
Zulkapli berkata, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap modal insan dalam organisasi memahami dan menghayati sifat jujur serta amanah bagi membolehkan nilai murni tersebut diterjemahkan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.
Katanya, berpegang kepada prinsip 'amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan', semua penjawat awam perlu berpegang kepada nilai integriti dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
"Kita semua tidak akan sama sekali berkompromi dengan isu integriti," katanya.
Zulkapli berkata, dengan iltizam yang kukuh untuk menjauhi rasuah dan salah guna kuasa menerusi integriti, penjawat awam dapat melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah dan disegani di persada antarabangsa.
Persidangan itu julung kali diadakan dengan tema 'Membudaya Integriti, Memperteguh Malaysia MADANI'.
Antara objektif persidangan ialah sebagai platform untuk bertukar pandangan; mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan aspek tatakelola dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab kementerian, jabatan dan agensi serta membincangkan pelbagai isu berkaitan dapatan audit dan langkah penambahbaikan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Setiausaha
#Ketua Jabatan
#Laporan Ketua Audit Negara
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan